'Anak pewaris, struggle nak dapatkan sorang pun susah.' Luahan Achey, Siti Elizad & Zulin mengenai childfree runtun hati warganet

Iklan

CHILDFREE atau berkahwin tanpa perancangan memiliki anak menjadi pilihan kebanyakan pasangan muda kerana menganggap cahaya mata akan melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi dan menyusahkan.

Iklan
Iklan

Isu berkenaan turut mendapat perhatian daripada selebriti Achey yang juga sedang berusaha menimang anak sendiri. Bapa angkat kepada Tiara Zinnirah itu memuat naik video memaparkan temu bual pasangan muda yang enggan memiliki anak dengan alasan menumpukan kepada kerjaya dan kewangan.

Menerusi hantaran di Instagram oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, beliau berkongsi pendapatnya bahawa anak adalah penyeri dalam hidup dan menjadi pewaris keluarga yang akan mendoakan ibu bapa.

Iklan

"Mak nenek moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan statement ini. Pewaris dan penyeri dalam hidup tu dik, kerjaya awak tak boleh masuk kubur.

Baca juga: Childfree kufur nikmat, tak yakin dengan rezeki ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Iklan

Tidak hanya itu, Achey juga mengakui pilihan untuk mempunyai zuriat atau tidak adalah hak masing-masing namun, pasangan terbabit tak sepatutnya membawa pengaruh negatif terhadap orang lain.

"Keputusan tu hak kalian, cuma aku tak suka statement kau meracun pemikiran orang lain. Kau video kan pulak, kau ni karang” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, Siti Elizad dan Zulin Aziz yang turut mengimpikan cahaya mata (try-to-conceive atau TTC) turut meluahkan pandangan masing-masing.

"Apabila manusia tidak percayakan rezeki yang tertulis. Dia tahu atau tidak struggle kami para TTC ni.

Zulin pula berkongsi perihal ketakutan pasangan berkenaan berkaitan rezeki cahaya mata.

Warganet turut bersetuju dan berkongsi pandangan bahawa tiada satu pun akan kekal bersama.

"Orang yang bertahun-tahun kahwin berharap sangat untuk dapat anak. Yang korang boleh fikir sampai macam tu sekali. Ingatlah, kejar apa lagi dunia ni. Kerjaya dan pasangan tiada yang kekal hingga mati."

"Singkat sangat fikiran, seolah-olah tak percaya rezeki itu daripada ALLAH."

Untuk rekod, Achey mendirikan rumah tangga dengan isteri, Nur Hasanah Yahya pada 2011.

Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia lima tahun.

Mereka pernah menjalani prosedur proses persenyawaan in-vitro (IVF) pada 2022 namun tidak berjaya.