'Bakal genius macam mama.' Usia baharu 20 bulan, anak Dr Amalina sudah petah mengira raih pujian!

Iklan

SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti media sosial, DR Amalina Bakri.

Pemilik nama sebenar, Nur Amalina Che Bakri merupakan pelajar pintar kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang mula mendapat perhatian selepas kejayaannya mencapai keputusan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Iklan
Iklan

Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013, anak tunggal pasangan Sabariah Hassan dan Che Bakri Che Mod itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Alexander Charles.

Hasil perkongsian hidup, pasangan suami isteri itu dikurniakan seorang anak perempuan, Arabella Mia.

Iklan

Si kecil itu mendapat perhatian warganet bukan sahaja dek wajahnya yang comel tetapi juga kepetahannya mengira.

Dalam satu hantaran menerusi media akaun Instagram miliknya, kelihatan gelagat Arabella membuat kiraan bermula dari angka satu sehingga angka 10 yang tertera dihadapannya sambil di dukung oleh ayahnya.

Iklan

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan. Lebih mengagumkan kanak-kanak itu baharu berusia 20 bulan, namun sudah mampu mengenali dan menyebut kesepuluh angka dengan lancar sama ada mengikut turutan atau secara menurun.

Kesungguhan Arabella menjawab dengan penuh yakin dan konsisten membawa kepada tontonan lebih 15 ribu.

Rata-rata memuji si comel itu seolah-olah mewarisi kebijaksanaan orang tuanya.

Sekadar info, Dr Amalina yang kini berusia 36 tahun merupakan pakar bedah di salah sebuah hospital terkemuka di London.

Baca juga: Beruntungnya! Anak bakal masuk universiti, Bonda Rozita hadiahkan kereta mewah. 'Moga suatu hari nanti Ain boleh beli Lamborghini RM3.5 juta'

Baca juga : 'Dulu susah, mak abah kerja menoreh getah. '11 beradik pakat kongsi duit bina rumah baharu untuk ibu bapa