Usanita perkukuh kerjasama dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia untuk meneroka pasaran serantau

Iklan

USANITA Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi industri kreatif.

Sebagai permulaan, deligasi diketuai oleh Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan turun padang untuk bertemu dengan beberapa penerbit filem terkenal di Jakarta, Indonesia pada 28 hingga 30 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Mereka terdiri daripada Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).

Dalam kenyataannya Adzliana berkata, pihaknya mahu memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaboratif dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia serta meneroka kerjasama serantau.

Iklan

"Industri kreatif Indonesia adalah mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja

untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif Usanita yang mampu

Iklan

menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara," katanya.

Menurutnya, industrti kreatif adalah peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli Usanita.

"Kami dikenali sebagai sebuah organisasi yang menjalankan program kebajikan dan sosial di

seluruh negara. Ia turut berperanan dalam pembinaan komuniti melalui acara yang memberi impak kepada masyarakat seperti bengkel, ekspo dan karnival keusahawanan.

"Selain memberikan bantuan kebajikan, Usanita juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif adalah peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli," katanya.

Turut serta pada pertemuan tiga hari itu ialah penerbit, pengarah dan pelakon terkenal tempatan, Erma Fatima.

Kehadiran beliau sekali gus membuktikan komitmen organisasi berkenaan terhadap kecemerlangan seni dan pertukaran budaya.

Dalam pada itu, Erma ketika ditemui berkata, sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia menghidupkan semula produksi filem secara usahasama seperti yang dilaksanakan pada tahun 80-an dan 90-an.

"Kerjasama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar.

"Teknologi produksi filem juga mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” katanya.

Delegasi Usanita turut melawat IDN Media dan berbincang dengan pihak pengurusan tertingginya untuk meneroka potensi kerjasama kreatif.

Perbincangan itu tertumpu kepada pembangunan bersama kandungan kreatif dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk melaksanakan projek yang inovasi dan menarik minat penonton di kedua-dua negara.