Oktovia Manrose timang anak ketiga. 'Alhamdulillah seorang lagi khalifah dilahirkan'

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat aktres Oktovia Manrose yang selamat melahirkan anak ketiga semalam.

Berkongsi semula ucapan dari ahli keluarga, Fatin Nur Azzaniz, anak kepada penyanyi dangdut Iwan melahirkan permata hatinya di sebuah pusat perubatan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah seorang lagi khalifah dilahirkan.

"Tahniah angah, on your new born," titipnya.

Iklan

Kelihatan pemilik nama Wan Syamira Putri Wan Syahman diapit ahli keluarga termasuk adiknya, Aprena Manrose dan sepupu Uqasha Senrose.

Baca juga:"Dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah” - Oktovia Manrose

Baca juga: Kini bergelar penyanyi, Oktovia Manrose mahu cabar diri

Untuk rekod, pelakon Dendam Aurora dan Cinta Si Wedding Planner itu berkahwin dengan bekas pemain bola sepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa pada 22 Disember 2022.

Iklan

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 Disember 2022.

Oktovia terdahulu berkahwin dengan Mohd Izat Abd Rahman pada 23 Februari 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain (lahir 23 Disember 2011). Octovia dan Mohd Izat memfailkan perceraian pada 2015.