'Apa yang ditunggu sudah berakhir.' Bapa reda, rangka di kebun durian sah milik Hafiz Fauzan, sebulan hilang keluar tonton bola sepak

Iklan

SAH rangka yang ditemui dalam kebun durian di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, Batu Pahat milik pelajar, Hafiz Fauzan Abd Halid, 17.

Iklan
Iklan

Seminggu menunggu keputusan asid deoksiribunukleik (DNA), bapanya, Abd Halid Sugiman, 44, bersyukur segala persoalan telah terjawab.

"Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir," katanya.

Iklan

Keputusan itu diperolehi sekitar jam 4.43 petang selepas dihubungi polis bagi memaklumkan hasil ujian DNA yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan memaklumkan proses tuntutan jenazah akan dibuat pada pagi Jumaat untuk dikebumikan.

Iklan

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata spesimen darah diambil daripada ibu bapa mendapati kebarangkalian 99.9 peratus sepadan dengan rangka ditemui.

"Melalui profil DNA yang diperoleh bagi tujuan perbandingan, ia sepadan dengan sampel diambil daripada ibu bapa kandungnya.

Baca juga: 'Saya terasa kehilangannya, dia anak yang baik.' Sebulan hilang keluar tonton bola sepak, bapa reda jika rangka milik Hafiz Fauzan

"Justeru, identiti rangka manusia terbabit ialah Hafiz Fauzan Abdul Halid yang juga mangsa orang hilang selepas keluar rumah sejak 26 Mei lalu," katanya dalam kenyataan.

Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja dilaporkan hilang selepas keluar menonton perlawanan bola sepak bersama rakannya pada malam 25 Mei di Parit Ju, Tongkang Pechah namun didapati tidak pulang ke rumah keesokan hari.

Berikut adalah kronologinya: 1-Pada 25 Mei, sebelum dilaporkan hilang, Hafiz Fauzan dijemput dari asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Parit Raja sempena cuti sekolah.

2-Selepas makan bersama keluarga, Hafiz meminta izin untuk keluar menonton perlawanan bola di kedai makan berhampiran rumah di Bandar Putera Indah di Batu Pahat menaiki motosikal jenis Honda Future 125 nombor pendaftaran JDL 1421 berwarna hitam dan menyarung jaket juga berwarna hitam.

3-Ketika keluar, dia juga menyatakan akan ke Parit Ju untuk mengambil rakan sekelas kerana kebiasaannya mereka berdua akan menonton bersama-sama di kedai makan itu.

4-Bagaimanapun, difahamkan rakannya itu tiada di rumah kerana mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur.

5-Keluarga berusaha mengesan Hafiz dengan menghubungi rakan dan gurunya yang membuat rombongan sekolah namun Hafiz tiada.

6-Malah, keluarga juga meninjau beberapa jalan yang mungkin dilalui sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja, namun tiada petunjuk diperoleh.

7-Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan remaja itu dan meminta orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan menghubungi mana-mana Balai Polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

8-Pada 11.15 pagi 25 Jun, polis menerima maklumat mengenai penemuan rangka manusia itu diterima daripada orang awam di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, Batu Pahat.

9-Turut ditemui di lokasi sebuah motosikal yang hampir sama digunakan Hafiz Fauzan berdasarkan nombor pendaftaran.

10-Kedudukan motosikal ditemui tersangkut pada celah batang pokok bersebelahan kebun durian. Turut dijumpai jaket dan topi keledar.

12-Jelasnya, pengesahan identiti rangka terbabit akan dilakukan selepas mendapat laporan dari forensik.

13-Polis juga mengesahkan terdapat kesan kerosakan pada motosikal tersebut dipercayai berpunca dari kemalangan jalan raya yang berkemungkinan telah menyebabkan mangsa meninggal dunia.

14-Motosikal yang ditunggang mangsa disyaki telah terbabas ke tepi jalan dan terlanggar sebatang tiang elektrik menyebabkan mangsa terhumban di kawasan semak yang agak curam di dalam kebun durian berkenaan.

16-Penjaga dan pekerja kebun durian dikenali sebagai Wong tidak menyangka rangka itu milik manusia dan beranggapan ia rangka haiwan kerana tiada bau yang kurang menyenangkan.

Baca juga: 'Bukan kehilangan tapi memulangkan.' Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

Baca juga: Jasad ditemui, isteri reda Konstabel Iskandar sudah tiada, pencarian 9 hari berakhir. ‘Pada Jumaat yang suci kamu datang...’

Baca juga: 'Hati saya lega, lapang.' Persoalan ibu terjawab selepas 10 bulan Muhammad Iman hilang

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin), Harian Metro