Meriah! Gadis bertunang terima 70 dulang hantaran balas 23, rupanya adat orang Sarawak

Iklan

SUDAH menjadi adat Melayu untuk berbalas dulang hantaran pada majlis pertunangan atau pernikahan.

Walaupun bukan satu kemestian, pemberian hantaran kepada bakal pasangan pada pertunangan atau pernikahan bertujuan meraikan antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini tular di laman sosial seorang gadis menerima jumlah dulang hantaran yang luar biasa banyak pada majlis pertunangannya.

Dalam satu perkongsian yang tular di TikTok, Dayang Norhafizah Awang Gani menjadi perhatian warga maya gara-gara menerima dulang hantaran yang banyak daripada bakal suaminya.

Iklan

Perkongsian tersebut menerima lebih 400,000 tontonan dan hampir 15,000 tanda suka,

"70 dulang (pihak lelaki) berbalas 23 dulang (pihak perempuan)," katanya pada kapsyen ditulis pada video yang sehingga kini meraih lebih 178,000 jumlah tontonan itu.

Iklan

Baca juga: Pengantin lelaki berbaju Ultraman Taro tular, rupanya peminat cosplay. Dedah kostum berharga lebih RM2,000. 'Keberaniannya memang powerlah'

Umpama sebuah kejutan, Dayang Norhafizah atau mesra disapa Fiza mengakui hanya mengetahui akan menerima sebanyak 70 dulang daripada pihak lelaki sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung pada 30 Jun lalu.

Gadis dari Kampung Tambirat, Asajaya, Sarawak itu berkata hal berkenaan 'lari' daripada pelan asal iaitu 9 dulang daripada pihak tunangnya dan berbalas sembilan daripada perempuan.

"Ya, plan asalnya begitu, tetapi menjadi kebiasaan akan ada keluarga menghulurkan sedikit sebanyak dulang yang mereka gubah sendiri.

"Sebab itulah dulang menjadi banyak. Kebanyakannya manisan berupa coklat dan kek, buah-buahan serta persalinan," katanya.

Bersyukur menerima pemberian daripada saudara mara, Dayang Norhafizah terkejut, gembira dan teruja.

Baca juga: Asing pengantin, tetamu lelaki & perempuan, majlis perkahwinan ikut syarak jadi inspirasi, jaga pergaulan

Baca juga: Viral 1.6 juta view pengantin disambut kanak-kanak main lato-lato, ini kisah di sebaliknya

"Sebenarnya saya sendiri tak sangka pihak keluarga tunang bawa dulang hantaran yang banyak. Saya hanya tahu apabila ayah yang beritahu.

"Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak," katanya kepada SinarPlus.

Ujarnya, 70 dulang yang diterima daripada keluarga tunangnya, Mohd Faizal, adalah berupa makanan, coklat, kek, pencuci mulut dan persalinan.

"Memang budaya orang Sarawak begini, sama-sama menyumbang sesuatu bagi meraikan ahli keluarga baharu. Bakal suami saya juga orang Sarawak.

"Orang kata, saling mengalu-alukan bakal ahli keluarga baharu," ujarnya.

Tambah Fiza, beliau tidak menyangka video berkenaan menjadi tular kerana niat asalnya hanya untuk mengabadikan kenangan tentang kemeriahan majlis pertunangan.

Warga maya yang tertarik dengan perkongsian Fiza dan menitipkan doa buat beliau dan pasangan. Tidak kurang berkongsi budaya setempat yang turut memberikan dulang hantaran yang banyak pada majlis perkahwinan mahupun pertunangan.

Ujar mereka:

"Wah meriah ya hantaran awak. Kita yang tujuh berbalas sembilan ini pun terkebil-kebil mata. Semoga ALLAH permudahkan urusan awak."

"Dari depan rumah sampai belakang dulang hantaran. Meriah!

"Bahagianya awak."

"Perak hadir, macam itu juga banyaknya."

"Adik ipar dulu terima 33 dulang daripada pihak perempuan. Kami bawa lima sahaja, meriah pertunangan orang Perak saudara-mara sponsor."