Viral pengantin disambut kanak-kanak main lato-lato, ini kisah di sebaliknya

SIAPA sahaja yang tidak kenal dengan jenis permainan baharu viral, lato-lato [Beli di sini] bukan?

Ia kini menjadi fenomena di kalangan kanak-kanak sehingga ke mana sahaja kita pergi pasti ada kanak-kanak yang membawanya sekali. Malah, di pasar-pasar juga banyak jual permainan lato-lato ini.

Lato-lato yang mempunyai dua (ladung) pemberat dan diikat dengan tali memerlukan individu menghayun kedua-dua pemberat itu agar ia bertembung antara satu sama lain di bawah dan atas tangan serta menghasilkan bunyi yang kuat.

Bagaimanapun, bunyinya yang sedikit bingit menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah orang di sekeliling.

Namun lain pula yang terjadi di Mambi, Indonesia ini apabila sekumpulan kanak-kanak bermain lato-lato buat menyambut ketibaan pengantin baharu.

Pasangan pengantin tersebut viral kerana keunikan majlisnya yang diiringi bunyian lato-lato menuju ke pelamin.

Baca juga Hati-hati main lato-lato jangan bengkak dan lebam, doktor pesan tip keselamatan elak cedera

Kredit foto: ANTARA FOTO/YULIUS SATRIA WIJAYA

Video pengantin disambut lato-lato itu mula viral menerusi Twitter @indrawidjaya. Dia berkongsi vidoe tersebut kerana dilihat unik dan jarang berlaku.

“Aku jarang meluangkan masa untuk share video dari grup WhatsApp keluarga. Namun yang satu ini, entah kalian dah lihat atau belum, aku nak share di akaun Twitter ku,” tulisnya.

Video berdurasi 54 saat itu memaparkan sebaris kanak-kanak bersiap untuk menyambut pengantin. Setibanya kedua-dua mempelai tersebut, kanak-kanak mula bermain lato-lato mengiringi pengantin menuju pelamin persandingan.

Menurut pengantin wanita, Nur Fadhilah, 25, idea tersebut diberi kakak sepupunya.

Iklan

Baca juga Lato-lato tengah trend, ini negara haramkan rakyatnya bermain

“Kejadian viral itu pada pernikahan saya 4 Januari lalu ketika mengiringi rombongan dari kami ketika persandingan di rumah suami.

“Kebetulan musim permainan lato-lato, awalnya cuma ingin memeriahkan suasana sahaja. Idea diberi oleh kakak sepupu sebelah suami. Anak-anak yang bermain itu merupakan jiran tetangga dan sanak-saudara kami,” ujarnya.

Kata Fadhilah, dia tidak menyangka video [Tonton di sini] tersebut menjadi viral.

Iklan

“Mulanya video tersebut dirakam oleh pak cik saya kemudian dimasukkan ke dalam grup WhatsApp keluarga. Dari situ tersebar hingga dimasukkan ke TikTok sepupu suami. Selepas tahu videonya viral, kami sangat terkejut dan tidak menyangka sejauh ini,” ujarnya.

Sumber: wolipop

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.