Selesai haji baru update, Amy Mastura kini bergelar hajah

Iklan

WAH! Diam-diam ubi berisi, tidak menghebahkan kepada umum, dalam 'senyap' penyanyi dan pelakon Amy Mastura rupanya berangkat ke Tanah Suci menunaikan haji.

Menerusi laman sosial Instagram, pelantun lagu Bintang Hati dan Pujaanku itu memuat naik fotonya bersama suami tersayang, Alvin Tham Suffian dan dua cahaya mata.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Salam jumaat semua. Ahamdulillah, akak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun Islam yang kelima.

Iklan

Menerusi hantaran yang sama, selebriti berusia 53 tahun itu menitipkan ucapan penghargaan kepada mereka yang terlibat.

Iklan

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada petugas terutama Ustaz Zawawi, Zstaz Zulkifli, Ustaz Wahairi, Ustaz Wadi Anuar dan ustaz-ustaz lain yang sentiasa membimbing dan memastikan tidak tersasar tujuan.

Baca juga: 'Cantik dan manis macam ibunya.' Kongsi sambutan hari lahir anak, warganet puji Amy Mastura tetap awet muda

"Akak juga sempat mendoakan peminat supaya segala doa yang bersesuaian dimakbulkan dan diberi rezeki untuk menunaikan umrah atau haji nanti. Insya-ALLAH," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet tidak lupa mengucapkan tahniah buat Amy sekeluarga dan mendoakan agar mereka dikurniakan ibadah yang mabrur.

Baca juga: Umpama bulan madu kedua, Ella kongsi pengalaman haji. 'Panasnya matahari sewaktu wukuf di Arafah, jenazah bersusun di pinggir jalan'

Rata-rata kagum dengan sikapnya yang merendah diri dan fokus kepada ibadah semasa berada di Tanag Suci.

"Tahniah Hajah dan Haji."

"Suka cara Amy,dia pergi orang tak tahu pun sebab tiada update apa-apa. Tahu-tahu jer sudah selesai. Pandai jaga diri dan hati sebab nak buat ibadah bukannya mudah."

"Allahuakhbar, low profile sangat. Moga ibadah haji Hajah Amy Mastura diberikan kemabruran oleh-NYA."

"Syukur alhamdulilah. Bagus tak berlumba-luma untuk update dekat socmed. Fokus ibadat, tak payah setiap saat sibuk kemas kini itu ini. I salute you."

Sekadar info, Amy dan Alvin berkahwin pada 30 Jun 2000. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Adriana dan Adalia.