Tahniah! Anak saudara Siti Nurhaliza, Umairah raih emas di WCOPA

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat anak saudara penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah Saiful Anuar yang merangkul pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

Anak sulung penyanyi Siti Sairah Taruddin itu mara ke peringkat akhir bagi kategori 13 hingga 15 tahun menewaskan tiga peserta lain.

Iklan

Umai yang menggayakan busana rekaan Razman Razmi mempertaruhkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin.

Baca juga: Umairah layak ke final, anak saudara Datuk Siti Nurhaliza wakili negara ke World Championship of Performing Art di Hollywood

Iklan

Baca juga: 'Doakan Umai ya.' Anak saudara Siti Nurhaliza ke final WCOPA 2024, bakal wakil Malaysia jika berjaya

Menerusi persembahan tersebut, Umai berjaya meraih pingat emas bagi kategori vokal dan menewaskan empat lagi finalis termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Siti menyatakan rasa bangga melihat kejayaan yang diraih anak saudaranya itu.

Menerusi laman soial Instagam, Siti menitipkan tahniah buat Umai kerana berjaya membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama negara.

Terdahulu, Siti Sairah memohon doa warga maya agar anaknya berjaya membawa pulang pingat buat Malaysia.

Tahniah Umai team SinarPlus!