KEJADIAN dua kanak-kanak termakan racun perangkap monyet di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Diberitakan kritikal di Wad Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang, bencana yang menimpa Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, menjadi perhatian pegawai perubatan rehabilitasi, .
Katanya, perkara seumpama itu tidak boleh dielakkan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kanak-kanak dan makanan.
"Sedihnya baca berita tentang kritikal dua beradik di Kulim yang berusia dua dan tiga tahun tu.
"Adik-beradik ini jumpa bungkusan keropok yang digantung pada tiang sebuah pagar, jadi mereka pun ambil dan makan.
"Tak lama lepas tu, mereka dijumpai dalam keadaan muntah-muntah dan berbuih mulut, lalu segera dikejarkan ke hospital. Selepas disiasat, rupa-rupanya keropok tu telah dicampur dengan racun tikus dengan niat untuk meracun monyet.
Menyelami sifat semula jadi kanak-kanak, Dr Kamarul sudah menjadi fitrah anak kecil memakan makanan dijumpai. Beliau menegaskan pihak yang meletakkan racun tersebut seharusnya memantau.
"Budak-budak manalah faham bahaya. Mereka nampak jajan(keropok), sudah pastilah mereka ambil dan makan.
"Persekitaran tu termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan selain makhluk perosak yang menjadi sasaran," katanya
Pengunaan racun perlu dilaksanakan dengan dengan beretika dan mengutamakan keselamatan. Berikut adalah garis panduan penting yang perlu diikuti untuk menghindari kemalangan yang tidak diingini:
Penyimpanan yang selamat
Racun harus disimpan dalam bekas berkunci dan diluar capaian kanak-kanak. Label pada bekas ini harus jelas dan mudah dibaca.
Penggunaan yang bertanggungjawab
Gunakan racun mengikut arahan pada label. Jangan ubah suai atau gunakannya dengan cara yang tidak disarankan oleh pengeluar.
Kawasan terhad
Jangan letak racun di kawasan umum atau tempat yang mudah diakses oleh orang ramai, terutama kanak-kanak.
Pemantauan dan pembersihan
Selepas gunakan racun, kawasan tersebut harus dipantau dengan rapi. Pembersihan segera harus dilakukan selepas penggunaan.
Pemberitahuan dan Notis:
Individu yang tinggal di kawasan berhampiran harus diberi notis tentang penggunaan racun sebagai langkah berjaga-jaga.
Semoga kita dapat hindari tragedi seperti ini pada masa akan datang.