'Mama, my bestest friend.' Sambut hari lahir ibu, mama Fazura jadi perhatian. Macam kakak adik!

Iklan

PELAKON Fazura terkenal dengan kejelitaannya. Rupanya kecantikan dimiliki itu diwarisi daripada ibunya, Fadillah Nasir.

Menyanjungi bonda, pemilik nama Nur Fazura Binti Sharifuddin itu tidak lupa meraikan ulang tahun ke-64 wanita teristimewa dalam hidupnya itu.

Menghargai ibu tersayang, Fazura memuat naik hantaran khas di Instagramnya pada tarikh bermakna 11 Julai 2024.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Hari ini, kami meraikan ibu saya yang tersayang. Kawan terbaik, penyokong terbesar, suara hati ini. Mama adalah orang yang saya tuju kala gembira mahupun sukar.

"Selamat hari jadi mama. Jika saya perlu membuat pilihan untuk ibu dan nenek kepada Fatima, saya akan memilih mama berulang kali.



"Mama adalah perkara terbaik yang pernah terjadi kepada saya. Fatima sangat bertuah kerana menerima tunjuk ajar dan semua nilai indah yang telah mama ajarkan kepada saya," titipnya.

Dalam hantaran sama, isteri kesayangan Fattah Amin itu turut menitipkan doa buat Fadillah.

"Tiada kata-kata dapat meluahkan kasih sayang kami kepada mama, ratu hati kami.

"Semoga ALLAH SWT sentiasa menjaga, melimpahkan rahmat, hidayah, baraqah, kesihatan yang berpanjangan dan kasih sayang yang tidak terhingga pada hari ini, esok serta hari-hari yang mendatang. Aminnn," kongsinya.

Terdahulu, Fazura pernah mendedahkan ibunya banyak berkorban dan membesarkan empat anak-anak sendirian selepas kematian suami.

Pengorbanannya tetap menjadi keutamaan anak seni ini dan dia menjadikan jiwa kental ibunya sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan.



Untuk rekod, arwah bapa kepada Fazura, Sharifuddin Adnan telah kembali ke rahmatullah pada 14 September 2000.

Arwah dilaporkan meninggal dunia ketika personaliti itu berusia 17 tahun. Beliau merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak ketiga daripada empat beradik.

Warga maya turut mengucapkan selamat hari lahir buat ibu personaliti itu. Rata-rata mengakui Fazura mewarisi kecantikan ibunya.

She is gorgeous like u. Happy birthday to your mom."

"Happy birthday Mama Faz. Like mother like daughter! Always pretty, stay young dear!"

"Sanah helwah! Barakallah fii umrik! (Semoga mendapat berkat dari ALLAH dalam usia mama @missfazura."

"Orang baik mesti dapat anak yang hebat. Sayang Aunty selalu peramah dan baik sangat. Happiest birthday Aunty sayang."