7 tahun masak di dapur, Khairul Aming capai impian masak sambil jalan-jalan New Zealand. Warganet risau tiket flight sold out!

Iklan

SIAPA tak kenal Khairul Aming. Popular dengan resipi viral pada bulan Ramadan, selebriti masakan ini maju setapak lagi dengan menghasilkan video masakan berlatarkan keindahan alam New Zealand.

Memuat naik episod pertama, pemilik nama Khairul Amin Bin Kamaruzaman itu berkata, ia adalah impian yang menjadi kenyataan.

Iklan
Iklan

Bakal berkongsi total sembilan video masakan di negara Kiwi, bekas jurutera oil and gas itu bukan sahaja mempamerkan kemahiran memasaknya yang hebat tetapi juga membawa penonton menikmati pemandangan indah dan memukau negara tersebut.

Iklan

"Selepas tujuh tahun buat video masak kat dapur, tiba masa untuk upgrade my content. Memperkenalkan my new cooking series di mana kita rakam sembilan episod memasak sambil explore New Zealand.

Iklan

Menerusi tinjauan SinarPlus, video Episod 1 yang telah mencecah lebih 250,000 jumlah tontonan membuatkan warga maya teruja menantikan perkongsian video seterusnya.

Baca juga: Majikan contoh! Khairul Aming tutup kilang bawa 100 staf shopping raya, sampul duit raya tebal jadi perhatian!

Baca juga: 'Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.' Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Baca juga: 'Semua lepas.' Tip travel Khairul Aming elak makanan dirampas di airport, buat cara ini kastam & imigresen pun happy

Berjaya mencuri hati penonton, rata-rata menzahirkan rasa teruja dan gembira. Tidak kurang berseloroh tiket penerbangan ke New Zealand bakal 'sold out' sebagaimana bahan resipi Khairul Aming sebelum ini.

Ujar mereka:

"Tunda la kalian nak ke NZ, confirm tiket sold out buat masa dua tahun terdekat gara-gara projek Khairul Aming ni."

"Sold out lah daun pudina dkt NZ nanti kan."

"Subhanallah cantik sungguh ciptaan ALLAH. Thank You @khairulaming for sharing this beautiful journey."

"Been waiting for NZ video ni...bestnyaaaa view cantik sangat."

"Thanks for including the fact that it took you 7 years to achieve this. It’s so heartwarming to watch!!"