'Penyambung legasi Mak Iti.' Siti Nurhaliza bangga kejayaan Umai di peringkat antarabangsa, titip pesanan untuk anak buah

Iklan

KEJAYAAN penyanyi remaja Umairah Abdullah merangkul pingat emas di World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat cukup membanggakan ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tidak henti memberikan sokongan sejak awal, Siti menzahirkan rasa berbesar hati menyaksikan pencapaian anak Siti Sairah Tarudin itu di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Memeluk Umai dan pingat yang dimenangi, Siti turut meninggalkan pesanan buat anak buahnya itu.

"Tahniah kepada pasukan Malaysia yang bertanding di WCOPA.

Iklan

"Alhamdulillah saya rasa bangga dengan pencapaian Umairah di peringkat antarabangsa. Ini baru first step. Banyak lagi perjalanan, cabaran dan peluang yang Umai akan tempuhi," katanya.



Warga maya teruja melihat sokongan padu diberikan penyanyi itu kepada Umai dan menganggap Umai sebagai penyambung legasi keluarga dalam industri seni suara.

Iklan

"Tahniah Umai, penyambung legasi Mak Iti, aamiin."

"Teringat masa Umai kecil, Mak Iti bawanya ke program Meletop."

"Teruskan belajar vokal Umai, lima tahun akan datang Umai akan jadi penyanyi terbaik di Malaysia."

"Satu famili suara merdu. Tokti, adik-beradik dan anak saudaranya juga."

"Mesti Mak Iti bangga dengan pencapaian anak saudara. Insya-ALLAH Umai akan mengikuti jejak langkahnya. Jadikan Mak Iti contoh, tak sombong dan tidak seksi."

"Kutip pengalaman Mak Iti, beliau banyak pengalaman.

Baca juga: Tahniah! Anak saudara Siti Nurhaliza, Umairah raih emas di WCOPA

Baca juga: 'Doakan Umai ya.' Anak saudara Siti Nurhaliza ke final WCOPA 2024, bakal wakil Malaysia jika berjaya

Umai yang kini belajar di Sekolah Seni Kuala Lumpur merupakan finalis Ceria Megaministar dan pernah menyertai Famili Duo bersama ibunya, Siti Sairah.

Siti Sairah merupakan peserta One in a Million 2006 dan pernah merakamkan lagu Hero Wayang yang diciptanya sendiri dengan lirik oleh Loloq.

Sekadar info, Siti Nurhaliza juga tidak asing dengan kejayaan peringkat antarabangsa pada awal kemunculan.

Antaranya menggondol Anugerah Emas dalam Pertandingan Penyanyi Baru Asia (Asia New Singer Competition) di Shanghai Asia Music Festival, China 1999 dan merangkul gelaran Pop Winner South Pacific International Song and Singing Competition di Gold Coast, Queensland, Australia pada tahun yang sama.