Bella Astilah kongsi momen sebelum tunai umrah, mohon maaf pada semua. ‘Tempat terbaik cari ketenangan & kebangkitan’

Iklan

PELAKON dan penyanyi, Bella berkongsi berita mengenai pemergiannya ke Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memohon maaf andai ada khilaf yang dilakukan sebelum berangkat ke tanah suci.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum, Bella berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadat umrah... Insya-Allah.

Iklan

"Bella mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan, baik disengaja mahupun tidak disengaja.

"Mohon doa agar ibadat ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh ALLAH SWT... Amin. Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadat umrah kelak," katanya.

Iklan

Menerusi hantaran yang sama, ibu dua cahaya mata itu turut memuat naik foto bersama keluarga dan kenalan yang turut menemani beliau di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat.

Menjengah ke Instagram milik adiknya, Didi Astillah, penyanyi tersebut menitipkan doa semoga urusan umrah kakaknya dipermudah.

"Doakan Kak Long (panggilan Bella) saya yang bertolak ke Tanah Suci hari ini. Semoga Kak Long diberi ketenangan hati dalam mengerjakan ibadat umrah serta mendapat umrah yang mabrur.

"Semoga segala urusan Kak Long di sana dipermudahkan. Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa-dosamu dan memudahkan kebaikan bagimu di mana pun berada," titipnya lagi.