Pelajar cemerlang GPA 4.0, Nur Farah Kartini bakal guru. 'Tak sempat berbakti mengajar anak didik'

Iklan

KEMATIAN pekerja syarikat percetakan, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, menyentuh hati ramai.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Dengan Kepujian, Universiti Perguruan Sultan Idris itu terdahulu menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Iklan
Iklan

Tular di laman sosial keputusan semester terakhir (Gred Point Average) pengajiannya yang mencatat 4.0.

Malah, catatan Nur Farah pada Ogos 2023 selepas menamatkan pengajian juga beredar di laman sosial menambahkan kepiluan warga maya.

Iklan

"A new chapter begins. Unofficially graduate. Alhamdulillah. Perjuangan empat tahun sudah tamat.

"Banyak cabaran sepanjang tempoh pengajian ini namun Alhamdulillah masih dikuatkan jiwa dan raga untuk bertahan.

Iklan

"Terima kasih juga untuk sahabat yang selalu ada di saat susah dan senang. Struggle nak siapkan assignment, final year project, report, kemudian tidur berjemaah di student lounge semata-mata untuk menyiapkan kerja," kongsinya.

Menerusi hantaran di Facebook, pempengaruh Mohd Fadli Salleh turut berkongsi anak muda itu bakal bergelar pendidik.

"Bakal guru hebat ini tidak sempat berbakti mengajar anak-anak didik. Semoga pelakunya dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dia lakukan.

"Dan semoga syurgalah tempatmu adik Nur Farah Kartini. Innalillahi wainna ilai hirojiun," kongsinya.

Baca juga: 'Hilang di Tanjung Malim, ditemui di Hulu Selangor.' 6 hari tanpa jejak, Nur Farah Kartini ditemukan tak bernyawa, berikut kronologi tragedi

Warga maya meluahkan simpati dan mendoakan agar kes berkenaan dirungkai dan pelaku diberikan hukuman setimpal.

Ujar mereka:

"Dari Sarawak datang ke Semenanjung untuk belajar menjadi guru namun begini akhirnya. Takziah buat keluarga Nur Farah."

"Mak ayah susah payah besarkan dari kecil dengan pembiayaan yang mahal, air mata dan kepenatan. Besarkan anak hingga berjaya, namun orang lain sanggup bunuh."

"Al-Fatihah buat bakal guru. Bahaya tak boleh keluar seorang diri lagi, lebih-lebih lagi wanita. Hati-hati anak muda."

Terdahulu, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai selepas menghantar kereta sewa di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim.

Semalam, mayatnya ditemui dibunuh di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.