Pembaca berita sebak sampaikan kematian Nur Farah Kartini, dedah rakan baik sejak universiti. 'Tak sangka berakhir tragedi pilu'

Iklan

PEMERGIAN tragis bakal guru, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, kini cukup memilukan terutama sekali bagi keluarga dan rakan rapat.

Penyampai berita Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Muhammad Farihin, 25, mengakui sebak apabila ditugaskan membaca berita kematian sahabatnya itu malam tadi.

Iklan
Iklan

Anas menerusi TikTok berkongsi luahan yang benar-benar menuntut profesionalisme di hadapan kamera.

Iklan

"Waktu ini emosi perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal dan sebak dalam dada perlu ditahan," kongsi Anas.

Baca juga: 'Hilang di Tanjung Malim, ditemui di Hulu Selangor.' 6 hari tanpa jejak, Nur Farah Kartini ditemukan tak bernyawa, berikut kronologi tragedi

Iklan

Baca juga: Pelajar cemerlang GPA 4.0, Nur Farah Kartini bakal guru. 'Tak sempat berbakti mengajar anak didik'

Dalam pada itu, bekas graduan Universiti Perguruan Sultan Idris itu mengakui Nur Farah atau mesra disapa Faa seorang rakan yang baik.

"Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," kongsinya di TikTok.

Portal berita melaporkan Anas yang mengadakan bacaan tahlil brsama secara dalam talian hanya mengetahui berita kematian Allahyarham pada jam 9 malam. Kebetulan giliran beliau menyampaikan berita pada ketika itu.

"Sewaktu dapat tahu berita tersebut kira-kira 9 malam, terduduk sekejap. Perasaan ketika itu bercampur baur antara percaya, betul atau tidak sehinggalah keluar kenyataan daripada pihak polis yang mengesahkan kejadian itu," katanya.

Terdahulu, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai selepas menghantar kereta sewa di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim.

Semalam, mayatnya ditemui dibunuh di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.