Penangan K-Drama bukan kaleng-kaleng, ini 5 destinasi sajikan ramen viral. Uniknya ada versi asam pedas seafood

Iklan

PENANGAN K-Drama nampaknya tak boleh disangkal lagi. Bukan setakat hero dan heroin jadi idola, malah makanan popular di sana menjadi kegilaan peminat.

Boleh dikatakan kulinari unik yang diperkenalkan menerusi drama atau filem di kaca televisyen membuatkan ramai terliur dan sanggup mencari mana-mana cafe yang menjualnya.

Iklan
Iklan

Contoh paling mudah, ramen. Sekarang ini tak susah pun nak cari mi segera halal dari Korea Selatan kerana sudah ramai yang menjualnya.

Iklan

Mudah nak cari sama ada bentuk instant atau sudah disiap dimasak kerana sudah banyak premis menawarkannya bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Carian SinarPlus mendapati, pengusaha kedai makan atau cafe sentiasa mahukan kelainan untuk menarik pelanggan mereka termasuklah mengubah suai cita rasa mengikut selera orang kita.

Iklan

Bayangkan ramen dimasak dengan stail asam pedas seafood. Ditambah dengan serbuk cheese, nampaknya ramai yang suka makan dek rasanya yang lain daripada lain.

Bukan itu saja, banyak lagi perisa rare yang digandingkan dengan hidangan ramen yang dijual pada harga boleh dikatakan agak pricey sikit berbanding mi biasa.

Sekali-sekala kalau nak merasa makan tak salah, kan? Ikutlah bajet masing-masing kalau berkemampuan.

Bagi anda yang sedang mencari menu berasaskan ramen viral, berikut disyorkan lima destinasi di aplikasi TikTok kalau nak cuba:

CMP Melting Cheese Cafe

Alamat: 41, Jalan Bakti 1, Mutiara Rini, Skudai, Johor

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10.30 malam

Facebook: CMP Melting Cheese Cafe

TikTok: @cmpmeltingcheesecafe

Koramie

Alamat: Cawangan Johor Bahru, Taman Mutiara Mas, Adda Height dan Permas City (Johor)

Waktu operasi: 24 jam

Facebook: Koramie

TikTok: @koramie.my

Daily Coffee

Alamat: Cawangan Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Sabah

Waktu operasi: 8 pagi hingga 12 malam

Facebook: Daily Coffee

TikTok: @dailycoffeemalaysia

Nakama Ramen

Alamat: Berhadapan EcoShop Seri Iskandar, Perak

Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12 malam

Instagram: @nakamaramen_

TikTok: @nakamaramen_

MIX Cafe

Alamat: Kampung Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: 2petang hingga 12 malam

Menu signatur:

Instagram: @mixcafepcb

TikTok: @mixcafe_

Rasanya banyak lagi lokasi yang menawarkan resipi lebih kurang sama.

Jika kalian ada port menarik dengan harga yang berbaloi, bolehlah kongsi info di ruang komen kami nanti.