Fenomena cracked chocolate jadi buruan ramai, ini rupanya resipi rahsia cafe di Paka, Terengganu tersohor dengan kuasa viral

Iklan

FENOMENA coklat retak dalam bekas minuman (cracked chocolate) nampaknya semakin menjadi kegilaan ramai, khususnya anak muda yang sukakan kelainan.

Tidak mahu ketinggalan dengan trend yang semakin viral tersebut, The Twins Bistro yang terletak di Paka, Terengganu juga menampilkan menu sama, tetapi dengan gaya tersendiri.

Iklan
Iklan

Seleksi perisa laku keras seperti matcha latte, teh hijau Thailand, latte dan coklat nampak lebih mengiurkan dengan gabungan cracked chocolate dengan pilihan coklat gelap dan putih premium.

Iklan

Pengurusnya, Nor Izzah Mohamad memberitahu, kuasa viral tidak dinafikan banyak menaikkan nama premis dengan percaturan menu baharu.

Iklan

"Terbukti, hampir 20 hingga 50 cawan cracked chocolate terjual setiap hari dan hujung minggu. Sambutan yang diterima juga cukup memberangsangkan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Lagi menarik, kafe yang memulakan operasi sejak tahun 2019 itu juga menawarkan 32 jenis custom coffee dengan barista berpengalaman. Latte dan salted caramel macchiato antara minuman paling laris!

Soal kualiti, anak jati Paka itu berkata, pihaknya mementingkan pemilihan sumber bahan bermutu tinggi yang diperoleh daripada pembekal lokal sekitar Paka.

"Untuk mereka yang sukakan manisan, jangan lupa untuk cuba croffle dan wafel dengan 13 jenis topping menarik. Pistachio enclair dan double choc eclair juga rugi kalau tak rasa,” ujarnya yang menawarkan 30 jenis pencuci mulut.

Terbaharu, The Twins Bistro juga menawarkan masakan set ayam geprek, ikan siakap bakar, creamy tomyam spaghetti dan samyang pasta buat para pengunjung.

Akui Nor Izzah, pihaknya mahu menjadikan premis tersebut sebagai persinggahan kembara gastronomi buat pemburu makanan viral tanpa perlu ke bandar besar.

"Jadi, kalau datang singgah makan di sini, jangan lupa untuk cuba semua menu signatur termasuk nasi putih daging salai homemade masak lemak cili api yang memang padu,” katanya.