PENGANTIN baharu, pelakon Sean Lee baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, model Bay Doucet.
Kesederhanaan pasangan itu menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu memilih lokasi Raub, Pahang sebagai lokasi menyambutnya.
Mungkin kerana faktor tugas, di bandar yang jaraknya kurang 100 kilometer dari Kuala Lumpur itu Sean dilihat membawa Bay menikmati hidangan durian yang popular dan hidangan Korea.
Malah, mereka memilih untuk menginap di hotel tiga bintang.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
"Malangnya birthday isteri jatuh pada hari kerja suami. Walaupun biasa-biasa sahaja sambutan kali ini, tapi di mana sahaja kami berada dengan awak semuanya 5 star.
Warganet tidak melepaskan peluang untuk memuji kesederhanaan pasangan itu.
"Cute sungguh kalian, sepadan sangat."
"Comel sangat!"
"Sudahlah cantik, simple pula. Isteri contoh."
"Alahai sweetnya Sean. Happy birthday Bay."
"Manis kedua-duanya."
Terdahulu, Sean mendedahkan beliau sudah lapan tahun mengenali Bay cuma lebih mementingkan privasi antara mereka.
Bercinta dalam diam, Sean mendedahkan Bay seorang introvert. Bekas pengacara Famili Duo itu menghormati keputusan isteri tersayang dan keluarga untuk menyimpan privasi percintaan sebaik-baiknya.
Sejak dari awal lagi setuju dengan prinsip ‘date to marry’ dan mengakui lapan tahun adalah masa untuk benar-benar mengenali pasangan hidup.
Untuk rekod, Sean Sean atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern melangsungkan perkahwinan dengan Bay 8 Julai.
Sekadar info, Bay adalah model yang berdarah kacukan Cina Malaysia-Amerika Syarikat memiliki Ijazah Sarjana Muda (Communcation Design), Royal Melbourne Institute of Tehcnology (RMIT) Australia.
Bay juga memiliki perniagaan butik pakaian preloved di ibu kota.