Cantik dan berseri-seri! Ozlynn tampil manis berhijab usai tunai haji jadi perhatian warga maya

Iklan

MANIS dan semakin ayu, penampilan pelakon Ozlynn berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji menerima reaksi positif daripada warga maya.

Iklan
Iklan

Ozlynn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail terdahulu berkongsi video dan foto di Instagram menjadi tetamu jemputan rancangan Meletop.

Memakai sepersalinan merah jambu, Ozlynn tampil menggayakan pakaian yang sopan dan bertudung.

Iklan

Warga maya menerusi ruangan komen menzahirkan rasa gembira dan teruja. Rata-rata memberikan reaksi positif melihat perubahan wanita itu selepas pulang mengerjakan ibadah haji.

Tidak kurang yang menitipkan doa agar isteri kepada Johan Raja Lawak itu terus istiqamah.

Iklan

Ujar mereka:

"Moga terus istiqamah Kak Ozlynn. Allahumma aamiin."

"Lebih cantik dan manis."

"Alhamdulillah cantik Hajah Ozlyn auto manis cantik bila berhijab."

"Cantiknya dan berseri-seri Hajah Ozlyn.'

Terdahulu, Ozlynn dan Johan menunaikan haji selepas dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi.

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2003, pasangan selebriti itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.