Zizan Razak teruja dilantik duta Yes 5G, bakal lancar kempen Uncap Yourself!

Iklan

SYARIKAT telekomunikasi, Yes 5G mengumumkan pelawak dan pelakon Zizan Razak -sebagai duta jenama baharunya.

Jenama itu dalam kenyataannya memaklumkan pemilihan Zizan Razak adalah sejajar dengan nilai Yes 5G.

Iklan
Iklan

Dorongan beliau untuk sentiasa menambah baik dan menghiburkan memberikan imej komitmen Yes 5G kepada inovasi dan standard industri.

Data Yes 5G bukan sahaja perkhidmatan internet berkelajuan tinggi mampu milik, ia juga memastikan servis dan menarik dengan pangkalan pengguna Malaysia yang pelbagai.

Iklan

Zizan sebagai duta bakal melancarkan kempen Uncap Yourself dalam masa terdekat.

Iklan

Kempen itu akan menampilkan satu siri kandungan menarik yang dibintangi oleh Zizan di mana kemuncaknya ialah dengan iklan TV 'Tidak Tertutup' yang ditunggu-tunggu.

"Menyertai keluarga Yes 5G sebagai duta jenama mereka adalah satu penghormatan yang luar biasa.

"Saya teruja untuk bekerjasama dengan jenama yang menghargai inovasi dan kemajuan. Saya tidak sabar-sabar untuk berhubung dengan peminat melalui kandungan yang akan datang dan berkongsi perjalanan ini dengan mereka," kata Zizan.

Nantikan lebih banyak kemas kini dan kandungan yang menarik Yes 5G bersama Zizan yang dipenuhi dengan inovasi, hiburan dan selari dengan masa kini. Uncap Yourself!