Belum ada calon isteri, Khairul Aming mahu kukuhkan ekonomi sebelum kahwin. 'Cari duit dulu lah...'

Iklan

PEMPENGARUH dan usahawan, Khairul Aming sentiasa inspirasi anak muda. Tidak sekadar itu, gaya hidupnya juga tidak lepas dari sorotan warga maya termasuk perihal calon teman hidup.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan terbaru, pemilik jenama Khairul Aming Brand itu menjawab secara spontan perihal jodoh dan perancangan mendirikan rumah tangga.

Genap 32 tahun pada 25 September depan,TikTok Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2023 itu masih belum tiba masa untuk berkahwin.

Iklan

Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok akmakhidupamoi berkongsi sedutan video temu ramah ringkas dengan influencer berstatus jutawan itu.

Apabila ditanya tempoh ingin membujang, beliau dengan bersahaja menjawab ingin menumpukan kepada ekonomi.

Iklan

"Sampai bila ingin single, bila nak kahwin?" tanya Akmal.

"Cari duit dulu lah. Lambat lagi nak kahwin, tak ada calon lagi.

"Carikan satu," jawab pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu.

Warganet pada ruangan komen memberikan pelbagai reaksi susulan jawapan Khairul Aming itu. Ujar mereka:

"Jutawan pun kata cari duit dulu."

"Aming yang sales sehari cecah juta pun dia masih mencari duit sampai lupa nak cari pasangan ke Aming."

"Dia lupa ke dia Khairul Aming."

"Hai Khairul Aming, saya volunteer as tribute."

"Hai Aming, kawan saya single. Hari-hari boleh dapat dendeng kan?"

"Saya ada calon. Dia baik, pandai masak, hormat orang tua, penyayang dan bertanggungjawab."

Pada April 2023, satu video di media sosial, yang memperlihatkan seorang personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming bersama seorang wanita di sebuah kafe di Kelantan.

Kemesraan mereka itu telah membuatkan ramai wanita 'patah hati' melihat kemersaan Khairul Aming bersama wanita berkenaan.

Namun, tuan punya badan terus tampil memberikan penjelasan bahawa gambar tersebut dirakam secara sembunyi dan menafikan wanita itu kekasihnya.

Popular dengan kandungan masakan pada bulan Ramadan, Khairul Aming inspirasi content creator yang berilmu dan berwawasan.

Berikut 10 fakta membanggakan tentang pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu:

1-Khairul Aming dilahirkan pada 25 September 1992.

2-Selepas tamat Sijil Pelajran Malaysia, beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

3-Ketika mengikuti pengajian di luar negara, anak bongsu empat beradik itu bertindak sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia.

4-Pada tahun 2014, ketika berusia 22 tahun Khairul Aming menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Engineering di Vanderbilt University di Amerika Syarikat (US).

5-Lebih membanggakan, beliau menamatkan pelajaran dengan meraih keputusan 3.75 dan meraih anugerah khas. Tidak hanya itu, beliau yang mesra disapa Aming menerima Anugerah Dekan bagi setiap semester dan AT&T Innovation Award.

6-Pulang ke tanah air dan memulakan kerjaya sebagai jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) dan seterusnya beralih ke bidang logistik.

7-Dalam masa yang sama, beliau berjinak-jinak dengan pelbagai perniagaan untuk mencipta pendapatan sampingan. Ketika berusia 25 tahun, pempengaruh ini mencuba pelbagai perniagaan termasuk healthy meal, pakaian dan resuma.

8-Kemudian tercetus idea membuat kandungan video masakan dan memuat naik di saluran YouTube ‘Rasapop’. Selepas saluran itu 'boom', Khairul Aming mula membuat produk sendiri. Namun segala yang dirancang menemui kegagalan, wang simpanan habis, view saluran Youtube jatuh dan beliau bangkit semula dengan menggunakan nama ‘Khairulaming’.

9- Sejak itu beliau tidak lagi berselindung di sebalik nama Rasapop dan muncul di dalam setiap video yang dikongsikan. Strateginya itu membuahkan hasil apabila pengikut di laman Instagram bertambah daripada 1,000 sehingga mencecah tiga juta.

10-Pemergian ayahanda ketika beliau berusia 28 tahun memberikan impak besar buatnya. Khairul Aming keluar daripada bidang oil and gas dan mengorak langkah berani untuk mengubah nasib keluarga sehingga kini Sambal Nyet dan Dendeng Berapi keluaran Khairul Aming Brand menjadi sambal paling laris di Shopee dan memiliki dua kilang di Kelantan.