PERKONGSIAN laman sosial bekas isteri fesyen tersohor, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mengundang kegembiraan warganet.
Menerusi hantaran di Instagram, Nina memuat naik beberapa foto keluarga yang beramah mesra bersama keluarga jejaka pilihannya yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Ahli keluarga yang sedondon putih itu kelihatan begitu mesra sambil mengenakan pakaian serba putih.
Hantaran tersebut menjadi sorotan ramai termasuk selebriti dan warga maya yang menitipkan ucapan tahniah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nina memaklumkan bahawa mereka tidak sabar untuk melihat pasangan merpati dua sejoli ini ke jenjang pelamin.
Terdahulu, anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri itu berkongsi foto sedondon ungu bersama Hafiz dan memberikan gambaran akan berkongsi masa hadapan bersama.
Rakan-rakan dan warga maya mengucapkan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan agar perancangan yang disusun berjalan lancar.
"You guys look so happy. So so excited for your future together."
"Sejak dulu follow mereka geng sama-sama. Ya ALLAH tak sangka jodoh tu dekat jer sebenarnya. Congrats Nina."
"Oh my God, ears of friendship finally..."
"Congratulation Nina dan pasangan. May ALLAH ease everything."
Nina dan Jovian sebelum ini bercerai secara baik pada Ogos tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.