Kafe hipster tersembunyi dalam taman, ini 5 pilihan lokasi cantik OOTD dengan menu mengiurkan wajib serbu

Iklan

SETIAP kali viral, pasti tempat makan yang popular sekelip mata di media sosial dibanjiri orang ramai yang rata-ratanya tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba menu istimewa.

Sanggup beratur panjang dan berpanas asalkan dapat makan dan berkongsi konten menarik di socmed masing-masing untuk tatapan pengikut.

Iklan
Iklan

Menariknya, bukan sekadar kafe semata-mata, malah pengusaha yang kreatif menawarkan suasana taman bunga yang lengkap dengan zoo mini.

Iklan

Sambil santai menikmati juadah kopi dan sarapan enak, anak-anak boleh habiskan masa untuk bermain dengan haiwan jinak seperti arnab, burung merak, kura-kura gergasi dan landak comel.

Lagi menarik, terdapat kafe tersembunyi di dalam taman yang cukup indah. Lengkap dengan dekorasi cukup cantik untuk sesi healing bersama teman rapat.

Iklan

Sudah pastinya, menu signatur seperti nasi lemak, nasi kerabu, masakan Barat, aneka kopi dan minuman menyegarkan disajikan kepada pengunjung.

Lagi menambah selera, terdapat menu klasik seperti ubi rebus bersama sambal ikan bilis yang dihidangkan di ruang makan terbuka dengan panorama kebun durian.

Nak lagi adventure? Terdapat premis dibuka dalam kebun durian yang lengkap dengan aktiviti ekstrem seperti ATV, memanah dan banyak lagi.

Carian SinarPlus mendapati, ramai pengguna TikTok mengesyorkan restoran atau kafe hipster yang masih lagi tersembunyi dalam taman bunga yang wajib disinggahi.

Berikut info menarik mengenainya:

Kopi & Ko

Alamat: Lot 82239 (B), Jalan Puchong Batu 14, Jalan Kampung Baru, Puchong, Selangor

Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Facebook: Kopi & Ko

Instagram: @kopiandko

Foliage Coffee

Alamat: 27, Jalan Pasir Putih, Kampung Pasir, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang

Facebook: Foliage Coffee

Instagram: @foliagebyrap

Pondok Noah by Manggis

Alamat: Kebun Tok Yad, Jalan Palimbayan, Kampung Palimbayan, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11 pagi hingga 8 malam

Facebook: Manggis Di Palimbayan, Kitchen Kebun Tok Yad

Instagram: @pondoknoahbymanggis

Red Brick Kitchen

Alamat: 1A, Laluan Panorama 4/4, Taman Panorama Rapat Indah, Ipoh, Perak

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10.30 malam

Facebook: Red Brick Kitchen

Instagram: @redbrickkitchenmy

Bona Vista Coffee

Alamat: Lot 86489, Jalan Melati 8, Kampung Sungai Kantan, Kajang, Selangor

Waktu operasi: 4 petang hingga 10 malam

Instagram: @bonavista.coffee

TikTok: @bonavista.coffee

Mungkin kalian pernah singgah atau belum berkesempatan lagi, memang cantik untuk berlibur pada hujung minggu.

Kalau anda ada pilihan kafe tersembunyi yang ingin dikongsikan, boleh share dalam ruang komen kami nanti.

Okey, selamat menjamu selera!