Makan piza tanpa limit! Ini keunikan Gordon Ramsay Street Pizza dengan rencah istimewa Itali

Iklan

REVOLUSI pengalaman menikmati setiap kepingan tiga segi piza signatur tanpa limit! Demikian keunikan yang ditawarkan Gordon Ramsay Street Pizza di Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Lebih menarik, empat jenis bottomless pizza ditawarkan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam iaitu margherita, pulled lamb, ayam atau daging pepperoni dan gabungan udang bawang putih. Boleh makan sampai puas!

Iklan
Iklan

Berkongsi keunikan resipi signatur tersebut, Ketua Cefnya, Muhammad Shadieq Romai Nor berkata, keenakan piza tersebut bukan sahaja terletak pada adunan, bahkan rencah istimewa.

Iklan

"Kami menggunakan doh yang diperap selama tiga hari untuk rasa lebih sedap dan tidak muak, selain keju buffalo mozzarella yang diimport khas dari Itali termasuklah sos serta rempah-ratus asli terpilih.

"Uniknya piza pulled lamb, ia menggunakan bahagian bahu daging kambing yang diimport dari New Zealand. Isi segar diperap dengan jus delima semalaman untuk rasa lagi kick tanpa bau hamis,” katanya yang akan memperkenalkan topping daging wagyu tidak lama lagi.

Iklan

Selain itu, resipi baharu yang turut diperkenalkan antaranya beef lasagna, chicken and spinach ricotta canneloni dan angus BBQ beef ribs yang dihidangkan bersama kentang goreng pada harga berbaloi.

Untuk mereka yang tidak makan daging, Cef Muhammad Shadieq menawarkan piza vegan nduja and courgette dengan topping berasaskan pes sayur-sayuran.

"Hanya dengan bayaran RM79 untuk dewasa dan RM49 (kanak-kanak) sahaja untuk set bottomless pizza atau versi ala carte, kalian yang datang pasti akan berpuas hati.

"Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesembilan jenis topping yang ditawarkan kerana setiap perisa cukup unik dan tidak dapat di mana-mana premis lain,” ujarnya.

Bagi mereka yang inginkan kelainan, apa kata pertimbangkan pilihan kepak ayam dengan sos chocolate BBQ, sweet chili kimchi, golden fried chicken, street hot dan hotter than hell.

Cef Muhammad Shadieq juga mengesyorkan minuman jenis moktel iaitu berry boost yang merupakan gabungan puri raspberi, jus kranberi, nanas dan lemon segar sebagai pelengkap selera.

"Ia sangat menyegarkan kerana bekalan beri segar dibawa masuk dari Cuba dan Afrika. Stok sebenarnya bergantung kepada mana-mana pembekal luar demi mengekalkan rasa.

"Kalau masih tak cukup lagi, bolehlah cuba aneka pencuci mulut kami yang sememangnya popular dan menjadi pilihan ramai. Antaranya tiramisu klasik, puding sticky toffee dan aiskrim bottomless,” sarannya.