Angah tinggalkan Sinar FM, tidak mahu masalah kesihatan ganggu rakan.' Saya perlukan kerja...'

Iklan

PELAWAK Angah mengumumkan mengundurkan diri sebagai penyampai radio Sinar FM. Berita mengejutkan itu dikongsi laman sosial stesen radio itu.

Angah atau nama penuhnya Iskandarsah Hashim berkata keputusan berkenaan diambil atas faktor kesihatan.

Iklan
Iklan

"Saya ambil keputusan untuk berhenti dari radio Sinar,” demikian kata Angah pada pagi Rabu.

Iklan

Ujarnya, keputusan berat itu diambil kerana tidak mahu membebankan rakan-rakan penyampai yang lain susulan tindakan beliau kerap mengambil cuti akibat masalah kesihatan.

"Ini tentang kesihatan.

Iklan

Tidak menjelaskan secara terperinci penyakit dialami, pelawak berusia 46 tahun itu menegaskan ia menjadi sebab terbesar beliau menamatkan karier di konti.

Pun begitu, pelakon Adnan Sempit dan Ngangkung itu berkata beliau masih memerlukan pekerjaan namun enggan komitmennya terganggu disebabkan masalah yang dihadapi.

"Ini tentang kesihatan. Saya tak mahu asyik bercuti dan ganggu kawan-kawan lain.

"Saya tak datang sebelum ini bukan sengaja. Saya tak mahu bangun pagi tiba-tiba sakit dan tak boleh bekerja.

"Saya masih perlukan kerja,” ujarnya dalam sebak.

Rakan penyampai lain seperti Roy Azman, Rahim, Jep dan Dina Nadzir turut menitiskan air mata pada hari terakhir perkhidmatan Angah.

Sebelum ini, bintang yang dicungkil menerusi pentas Raja Lawak itu pernah mendedahkan berdepan masalah diabetes dan tekanan darah tinggi.

Walau apa pun keputusan Angah sama-sama kita sokong dan doakan kesihatannya semakin baik.

Sumber: SinarFM