TAHNIAH buat pelakon MK K- Clique dan isterinya yang kini sudah bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri pelakon tersebut menerusi laman Instagram miliknya yang memberitahu bahawa isterinya sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semalam.
Malah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan mengakui sangat bersyukur kerana kini sudah pun bergelar bapa.
"Alhamdulillah Ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajar) selamat melahirkan seorang puteri. Ini anugerah terbesar daripada Allah,"ungkap beliau menerusi kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan ucapan tahniah termasuklah rakan artis dan peminatnya.
'Alhamdulillah congratulations MK dan hajar.'
'Tahniah....semoga ibu dan baby sihat.'
'Ahamdulillah... yeayy! welcome mini baby H.
'Alhamdulillah tahniah.. Semoga baby jd anak solehah.'
Pada masa sama, ada yang mendoakan semoga pasangan tersebut mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dengan baik.