'Saya ada saja, cuma lebih suka mengenali diri.' Kemunculan Hafiz Suip raih perhatian, jawab persoalan lama menghilang

Iklan

'standing ovation' dan tepukan gemuruh diberikan kepada Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip selepas menyanyikan lagu Ku Akui ciptaan Ajai di Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Setelah sekian lama menyepi, penyanyi Hafiz Suip akhirnya muncul semula membuat persembahan di atas pentas dengan begitu semangat sekaligus menangkis kenyataan kononnya dia tidak lagi relevan dalam industri.

Iklan
Iklan

Malah, 'standing ovation' dan tepukan gemuruh diberikan kepada Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip selepas menyanyikan lagu Ku Akui ciptaan Ajai di Konsert ByAjai & Mega Friends pada Sabtu di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

"Saya agak gementar hari ini. Saya buat demi abang Ajai dan peminat yang datang hari ini.”

Iklan

"Sebenarnya saya ada saja. Cuma sekarang saya lebih suka mengenali diri,” katanya yang menjawab persoalan Ajai ke mana beliau menghilang sebelum ini.

Iklan

Pada masa yang sama, Ajai juga sempat menitipkan beberapa pesanan kepada Hafiz supaya jangan tinggalkan industri seni.

"Begitulah kehidupan Hafiz, up and down tu biasa, siapa je yang hidup tiada masalah. Yang paling penting, hubungan dengan Allah.

"Jangan tinggalkan industri, ini mata pencarian kamu. Ramai yang sayangkan anda. Hafiz seorang yang kuat,” pesannya.

Dalam masa sama, Ajai turut memuji suara Hafiz yang disifatkan cukup luar biasa.

"Dia bila buka mulut saja, nota pertama sudah beri penghayatan yang tepat.

"Selama Hafiz menjalani proses rakaman dengan saya, dia ada beberapa lagu hits seperti Matahari dan Noktah Cinta,” kata Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas.

Selain Hafiz, kejutan lain yang mendapat perhatian ramai pada malam itu dengan penampilan khas penyanyi Illa Sabri menyanyikan lagu popularnya, Keranamu Kekasih.

Lagu malar segar yang terkenal sebagai OST filem Geram Khas The Movie itu pada awalnya dinyanyikan oleh Ajai sebelum penyanyi sebenarnya tampil ayu dengan gaun merah jambu.

Turut hadir penyanyi hebat yang lain membuat persembahan pada malam tersebut seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie.