PELAKON Zahirah MacWilson berkongsi khabar pilu neneknya yang kini sedang keuzuran dan semakin menunjukkan tanda-tanda halusinasi teruk.
Tidak berkongsi lanjut penyakit dihidapi, pelakon Harimau Malaya: The Untold Journey itu memuat naik video di Insta Story memaparkan nendanya dan luahan kesedihannya.
"She's getting worse. Asyik cabut topeng oksigen, tak nak pakai.
"Halusinasi, merungut, percakapan yang spontan yang tidak jelas, tiba-tiba menjerit, merengek sakit, nak bangun nak balik, enggan makan dan minum," katanya.
Zahirah berkongsi terlalu pilu melihat neneknya dalam keadan tersebut. Malah Isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza itu mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
"Tidak pernah bayangkan untuk melihatnya seperti ini. Apabila dia melihat anda seolah-olah dia tidak berada di sana.
"Saya memberitahunya dengan berat hati semalam:"Kalau nenek kena pergi, nenek pergi ok.
"Dia perlahan-lahan mencapai tangan saya meminta saya meraihnya dan mengangguk. Hati saya berkecai," kongsi Zahirah.
Sebelum ini, Zahirah memaklumkan neneknya telah mengalami kegagalan buah pinggang, lemah jantung dan paru-paru berair.
Sumber: Instagram