SUKAN Olimpik menyimpan pelbagai kisah suka dan duka. Setiap kali tiba acara berprestij yang berlangsung empat tahun sekali ini, bermacam kisah pengorbanan di sebalik kejayaan terkuak hingga mengundang air mata.
Seperti kisah atlet rejam lembing Pakistan yang meraih pingat emas Kisah Arshad Nadeem. Kejayaannya menghadiahkan pingat Sukan Olimpik pertama kepada Pakistan selepas 32 tahun.
Mencatat lontaran 92.7 meternya dalam perlawanan akhir lembing juga merupakan rekod baharu Olimpik.
Perjalanan atlet berusia 27 tahun itu ke Paris tidak mudah. Biarpun dihimpit isu pembiayaan yang terhad dan kekurangan sokongan, semangatnya tetap utuh.
Arshad dilaporkan tidak mempunyai wang yang cukup. Bapanya, Muhammad Ashraf yang bekerja sebagai pekerja pembinaan enggan menyerah kepada keadaan berusaha agar anak lelakinya itu berjaya.
Lelaki berkenaan bertindak membuat kutipan derma agar anaknya boleh berlatih dan mendalami sukan itu.
"Bagaimana rakan-rakan sekampung dan saudara-maranya pernah menderma wang supaya dia boleh mengikuti latihan dan acara pada zaman awalnya,” dedah Muhammad Ashraf.
"Jangan tanya tentang kesukaran itu. Tiada kemudahan hospital, padang sukan atau gim berhampiran kami.
"Walaupun tiada kemudahan, Arshad berjanji pada dirinya akan membawa pingat itu. ALLAH memilihnya daripada berjuta-juta yang lain,” kata Shahid
Untuk latihan merejam lembing pula, abangnya berkata, Arshad akan pergi ke padang terbuka.
"ALLAH telah memberinya banyak kekuatan fizikal. Itulah sebabnya dia bergerak ke hadapan.
"Dia sangat kuat dan menggunakan kuasa yang dianugerahkan itu,” ujarnya lagi.
Arshad pada Khamis meraih pingat emas pertama buat Pakistan.
Ia sekali gus menamatkan kemarau pingat selama 32 tahun selepas kali terakhir Pakistan menaiki podium adalah ketika Sukan Olimpik Seoul 1988 bagi sukan tinju.
Terdahulu, negara itu meraih pingat pertama menerusi sukan gusti pada Sukan Olimpik Rom 1960.
Sumber: Aljazeera, VOA News, Economic Times