Makan tengah hari atas awan, keunikan restoran berputar tertinggi dalam negara kini ada tarikan baharu

Iklan

KEISTIMEWAAN restoran berputar tertinggi di Malaysia, ARAS Restaurant Menara Kuala Lumpur memang tidak disangkal lagi. Apatah lagi, ia menjadi mercu tanda ikonik dan tarikan pelancong saban tahun.

Bukan sahaja dapat menikmati kulinari mewah di atas awan setinggi 282 meter untuk minum petang dan makan malam, para pengunjung dapat menghayati panorama indah ibu kota dengan paparan 360 darjah.

Iklan
Iklan

Terbaharu, restoran yang beralamat di No 2, Jalan Punchak Off, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur itu kini mempelawa orang ramai untuk merasai pengalaman makan tengah hari dengan lebih 70 masakan lokal dan antarabangsa.

Iklan

Berkongsi khabar gembira tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif, Nazli Saad berkata, para pengunjung dapat merasai pengalaman eksklusif sambil mencuba kepelbagaian juadah enak yang disajikan cef berpengalaman.

Iklan

"Ia juga dilengkapi pelbagai tarikan lain seperti Sky Deck, Sky Box, Observation Deck, Tower Walk 100 dan dewan bankuet TEMU,” katanya.

Bagi menambah keterujaan ramai, Nazli mengajak semua untuk merebut promosi hebat sempena kempen Merdeka Madness 2024 bermula 1 Ogos hingga 16 September nanti.

"Sejak pembukaan ARAS Restaurant, jumlah kedatangan pelanggan cukup memberangsangkan apabila mencatat lebih 40,000 orang sejak hujung Januari lalu.

"Justeru, promosi percuma untuk lawatan ke Sky Deck dan Observation Deck sempena bulan kemerdekaan ini dapat meningkatkan lagi jumlah pengunjung,” ujarnya.

Sementara itu, Chef de Cuisine Menara Kuala Lumpur, Cef Yasir Omar menawarkan menu signatur seperti serawa pulut durian dengan isi padu Musang King.

"Selain itu, jangan lupa untuk cuba Seafood on Ice buat peminat makanan laut kerana kami menawarkan udang, ketam, kupang dan kekapis dan banyak lagi,” katanya yang juga menyajikan menu berbeza setiap hari.

Rugi rasanya jika tidak mencuba minuman istimewa dengan resipi tersendiri, Ultimate 282 yang diolah dengan campuran pati menyegarkan. Antaranya buah oren, limau kasturi dan markisa.

Lebih menggiurkan, jus unik tersebut turut dipersembahkan dengan calitan nipis garam pada bibir gelas bagi melonjakkan lagi kelainan rasa.

Bak kata Cef Yasir, sekali cuba, pasti kalian mahu lagi!