Tya Ariffin hamil anak ketiga? Baby bump jelas kelihatan, wajah berseri-seri. Laman sosial dibanjiri ucapan tahniah

Iklan

PENAMPILAN pelakon dan usahawan Tya Ariffin sentiasa menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkongsi gambar yang menampakkan bahagian perutnya membesar membuatkan ramai meneka aktres kelahiran Palembang, Indonesia itu sedang berbadan dua.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin yang itu berkongsi foto memakai sepasang sut merah jambu dengan 'baby bump' jelas kelihatan.

Iklan

Mengabadikan momen ketika hadiri konsert ibu mentua, Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan di Arena of Stars, Genting Highlands, hantaran Tya menarik perhatian ramai.

"Malam tadi, hadir ke konsert Mak Iti. Hari yang tak dapat dilupakan," titipnya.

Iklan

Menguatkan lagi dakwaan, seorang pengguna laman sosial berkenaan berkata ketika konsert, Siti Nurhaliza mendedahkan bakal menyambut kelahiran seorang lagi cucu.

"Wah, patut Tokti cakap semalam ‘on the way’ seorang lagi cucu. Tahniah Tya. Semoga dipermudahkan urusan," kongsinya.

Para followers dari kedua-dua negara turut mengucapkan tahniah buatnya. Ujar mereka:

"Tahniah, Arif dan Ara nak dapat adik lagi."

"Nampak macam ada ‘baby bump’ ni Tya. Kalau betul, Alhamdulillah."

"Masya-ALLAH, Alhamdulillah moga di permudahkan for third baby."

"Tahniah Tya, cantik berseri-seri ibu hamil."

Terdahulu, pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi mengidam masakan negara kelahirannya dan sanggup pulang ke sana selama tiga hari untuk menikmati sajian tempatan.

Tya berkahwin dengan ahli perniagaan, Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan anak tiri Siti Nurhaliza pada 1 November 2015.

Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.