PELAKON dan pengacara, Raja Azura meraih perhatian ramai apabila tampil bertudung menerusi slot radio SinarFM baru-baru ini.
Selamat bergelar hajah pada musim haji yang lalu, beliau yang mesra disapa Kak Engku hadir sebagai tetamu dengan mengenakan selendang berona perang muda.
Menerusi temu ramah portal berita, pemilik nama Yang Mulia Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin itu mengakui perubahan itu dilakukan kerana ALLAH.
Sementelah umur juga semakin bertambah, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah puas dengan penampilannya sebelum ini.
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana ALLAH.
"Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
Dalam pada itu, pemenang Pengacara TV Wanita Popular sebanyak dua kali itu berharap mampu memperbetulkan diri dan mampu beristiqamah.
"Saya sudah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk.
"Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik ALLAH.
"Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.
Warga maya memuji penampilan elegan Raja Azura dan memberikan sokongan agar urusan pelakon berusia 51 tahun itu dipermudahkan.
Ujar mereka:
"Comelnya pakai tudung, nampak semakin muda nampak Kak Engku."
"Lawanya KE pakai tudung. Nampak sweet sangat, moga istiqamah."
"Wahh sudah bertudung. Moga Kak Engku terus istiqamah berlitup. Cantik kak, auto nampak muda."
Sumber: SinarFM, Berita Harian