PELAKON dan pendakwah selebriti, Dai Syed memperkenalkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
Menerusi perkongsian di Instagram, Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, berkongsi isterinya, pengacara Hana Ismail selamat melahirkan puteri sulung mereka dilahirkan secara normal dua hari lalu.
"Alhamdulillah, kami akhirnya keluarga bertiga.
"Syukur pada ALLAH atas kelahiran puteri sulung kami. Isteri juga bersalin secara normal Alhamdulillah. Mohon doakan kebaikan buat keluarga kecil kami," katanya.
Memuat naik foto memangku anak perempuannya, Syed turut berkongsi maksud dan makna nama yang dipilih buat puteri sulung mereka.
Hana terdahulu melahirkan anak sulung mereka pada ham 2.06 petang, Rabu.
Sekadar info, Hana dan Dai Syed yang merupakan peserta Dai Pendakwah Nusantara Musim Keempat pada 2016 mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.
Hana pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu pada Julai 2023.