TAHNIAH diucapkan buat semua penjawat yang menerima kenaikan penjawat awam yang menerima pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.
Syukur buat anda yang menerima rezeki durian runtuh, uruskan sebaiknya.
Berikut adalah lima tips untuk mengelakkan menambah hutang dan menjaga cashflow:
1. Menambah baik bajet bulanan sedia ada
Tetapkan bajet bulanan dan patuhi perbelanjaan yang telah dirancang.
Pasti dapat bantu kita elak perbelanjaan berlebihan dan menambah hutang.
2. Elakkan hutang tidak perlu
Hindari menggunakan kad kredit atau mengambil pinjaman untuk barangan yang tidak mendesak.
Lebih baik kita tumpu kepada membayar hutang yang ada sebelum menambah komitmen baru.
3. Simpan sebelum berbelanja
Amalkan prinsip menyimpan sebahagian daripada pendapatan terlebih dahulu sebelum berbelanja.
Ini dapat membina tabungan yang boleh digunakan untuk pelaburan contohnya, tabung haji, asb, dan pelaburan unit trust yang berpotensi memberikan pulangan 8-12 peratus setahun dalam jangka masa panjang.
4. Pelaburan bijak
Lakukan kajian sebelum melabur dalam apa-apa instrumen kewangan.
Pilih pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko anda dan pastikan ia berpotensi untuk memberi pulangan yang baik.
5. Dana kecemasan
Pastikan kita mempunyai dana kecemasan yang cukup. Ini dapat mengelakkan anda daripada bergantung kepada hutang apabila berdepan situasi kecemasan!
Anda juga diingatkan untuk tidak lupa menyemak kadar zakat bulanan dan langsaikan apa yang wajib.
Selamat mengurus kewangan dengan bijak!
Sumbar: Hazman Oh Baman via Lembaga Zakat Selangor