Menarik! Kubur lama Kampung Mong Gajah muncul empat tahun sekali,waris adakan tahlil beramai-ramai

Iklan

PELIK tetapi benar.

Kejadian yang hampir mustahil berlaku apabila tanah perkuburan di Tasik Pedu yang mencecah usia 100 tahun itu timbul semula pada dua minggu yang lalu.

Iklan
Iklan

Perkampungan yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Mong Gajah pernah ditengelamkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memberi ruang kepada projek tadahan hujan 50 tahun yang lalu.

Kampung Mong Gajah juga megah dengan namanya apabila menjadi kampung paling besar yang terdiri daripada lebih 15 buah kampung dan kebanyakan penduduk ketika itu pernah terlibat dalam peperangan Siam sekitar tahun 1800.

Iklan

Tapak perkuburan di perkampungan itu dikatakan muncul setiap empat tahun sekali ketika negara dilanda cuaca panas berpanjangan atau El Nino.

Sebelum ini, tapak perkuburan lama tersebut pernah timbul buat kali pertama pada tahun 2016 kemudian pada 2020 dan terbaharu pada 2024.

Iklan

Lebih menarik, daripada kesemua 15 buah kampung yang ditengalami air, hanya Kampung Mong Gajah dan kawasan perkuburan terbabit muncul setiap kali cuaca panas.

Tapak perkuburan lama itu masih jelas kelihatan dengan beberapa batu nisan masih berada di tempatnya walaupun sudah ditenggelami air lebih 50 tahun lalu.

Bagi memelihara kawasan perkuburan tersebut, Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) telah membina pagar besi mengelilingi kawasan perkuburan seluas 0.3 hektar pada tahun 2006.

Selain itu, tapak kampung tersebut masih mempunyai tinggalan serpihan batu bata yang dipercayai telaga sebagai salah satu sumber air penduduk kampung berkenaan satu ketika dahulu.

Pada tahun ini, lebih 200 orang termasuk waris mengambil peluang menziarahi perkuburan nenek moyang mereka dengan mengadakan majlis tahlil dan kenduri arwah beramai-ramai pada Sabtu lalu.

Sebelum dijadikan tasik buatan, waris pernah mencadangkan bagi memindahkan kubur berkenaan ke kawasan baharu.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak disambut baik selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Kedah melihat tiada keperluan untuk berbuat demikian susulan usia perkuburan itu yang sangat lama.