MUSIM perayaan sentiasa hadir dengan cerita tersendiri. Daripada persiapan menghias kediaman, menyediakan hidangan istimewa hinggalah memilih hadiah buat insan tersayang, setiap perkara kecil menjadi sebahagian daripada kenangan yang menceriakan suasana.
Apatah lagi menjelang sambutan Krismas, tradisi bertukar hadiah pastinya antara momen yang dinanti-nantikan. Tidak semestinya sesuatu yang mewah, sebaliknya pemberian sederhana yang dipilih dengan penuh perhatian juga mampu membawa makna tersendiri.
Dalam suasana penuh keceriaan itu, coklat sering menjadi antara pilihan popular untuk dijadikan buah tangan atau dikongsi bersama keluarga dan sahabat. Selain rasanya yang digemari ramai, hidangan manis juga melengkapkan momen ketika tetamu berkumpul dan menikmati masa bersama.
Seiring kemeriahan musim perayaan, Ferrero Rocher kembali dengan kempen Add Your Golden Touch yang membawa sentuhan keemasan dalam sambutan Krismas tahun ini.
Dikenali menerusi pembungkusan keemasan ikonik serta coklat praline istimewanya, Ferrero Rocher turut menawarkan peluang kepada pengguna di Malaysia untuk menikmati pelbagai ganjaran menerusi kempen yang berlangsung dari 1 Disember 2026 hingga 15 Mac 2027.
Menerusi kempen berkenaan, pembelian produk Ferrero terpilih bernilai RM35 dalam satu resit melayakkan pengguna menerima ganjaran terjamin. Produk yang mengambil bahagian termasuk Ferrero Rocher, Ferrero Rocher Origins, Ferrero Collection dan Raffaello.
Ganjaran yang ditawarkan merangkumi empat kategori iaitu makanan dan minuman (F&B), aktiviti, kesejahteraan serta hiburan. Bukan itu sahaja, pengguna yang menjawab soalan promosi turut berpeluang menyertai cabutan hadiah mingguan dengan lima pemenang dipilih setiap minggu.
Lebih menarik, kempen ini turut menawarkan hadiah utama berupa percutian mewah untuk dua orang ke Jepun menerusi cabutan khas.
Apa pun, kemeriahan musim perayaan bukan hanya terletak pada hadiah yang diterima atau persiapan yang dilakukan. Sebaliknya, peluang untuk berkumpul, berkongsi kegembiraan dan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang itulah yang menjadikan setiap sambutan lebih bermakna.
Selari dengan slogan Celebrate with Gold, Ferrero Rocher mengajak orang ramai meraikan detik istimewa dengan sentuhan keemasan, sekali gus menjadikan musim perayaan tahun ini lebih manis untuk dikenang.