Syamsul fail permohonan cerai terhadap Ira Kazar

Iklan

DESAS-desus mengenai pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 40, bakal berpisah dengan isteri, Ira Kazar bertebaran di laman sosial akhirnya terjawab.

Pihak pengarah filem 'Mat Kilau' Syamsul Yusof mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Khabar angin hubungan suami isteri itu difahamkan mula timbul sejak Oktober tahun lalu namun tiada sebarang kenyataan daripada kedua belah pihak.

Syamsul terdahulu mengumumkan perkahwinannya dengan Ira pada Januari 2023 dan mendedahkan mereka melangsungkan perkahwinan di Thailand berwalikan Kazar.

Iklan

Pemilik nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof itu sebelum ini bercerai talak satu dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 23 Jun 2023 selepas berkahwin pada 8 Mac 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Sumber: Sinar Harian