Hantaran ibu Syamsul Yusof undang perhatian, harap kembali ke jalan benar. 'I loved you first, I love you still...'

Iklan

Iklan
Iklan

KHABAR duka keretakan rumah tangga pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menjadi perhatian ramai termasuk ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail.

Hantaran terbaru Insta Story isteri Datuk Yusof Haslam itu memuat naik petikan kata-kata yang menyatakan kasih sayang ibu kepada anak.

Iklan

Sementara itu, menerusi temu ramah laporan portal berita tempatan Patimah berharap Syamsul kembali ke jalan yang benar.

Iklan

Beliau meluahkan rasa syukur jika berita perceraian anaknya itu tepat seperti yang dilaporkan.

"Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Jika benar berita ini, saya amat bersyukur," katanya.

Katanya lagi, beliau sudahpun memaafkan keluarga Ira selepas apa yang berlaku sebelum ini.

Terdahulu, Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul telah mengesahkan yang pengarah itu telah menfailkan penceraian terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Isnin.

Syamsul terdahulu mengumumkan perkahwinannya pada Januari 2023 dan mendedahkan melangsungkan akad nikah di Thailand berwalikan bapa Ira.

Beliau kemudian berpisah dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 23 Jun 2023 selepas berkahwin pada 8 Mac 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Sumber: Instagram, Harian Metro