'Jauh dari KL, ibu tunggal bukan kekurangan...' Anak pecah rekod berusia 20 tahun, warganet tersentuh sokongan padu Rita Rudaini, selalu ada di sisi

Iklan

Iklan
Iklan

ANAK sulung pelakon Rita Rudaini terus menyinar. Sering mengukir kejayaan membanggakan dalam akademik dan hafalan al-Quran, terbaharu, Airit Rayyan Rizqin, 15, memecah rekod acara 100 meter Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam.

Airit Rayyan yang mesra disapa Ryan yang merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar (MRSM SUBES) memecah rekod berusia 20 tahun dengan mencatat rekod baharu 11.44 saat menerima ucapan tahniah daripada ibu tercinta.

Iklan

"Tahniah team (SUBES) dan guru-guru. Hari ini merupakan hari pertama.

Iklan

"Alhamdulillh, rezeki Ryan dapat wakil peringkat daerah. Ryan sudah banggakan mommy dalam pelajaran dan kali ini dalam sukan olahraga pula. Insya-ALLAH mommy sokong!

Tidak hanya anak cemerlang, ibunya juga penyokong terhebat anak-anaknya. Pempengaruh yang juga pendidik Cikgu Abdul Muiz yang turut hadir dalam acara sukan berkenaan berkongsi Rita sanggup meluangkan masa menyaksikan acara Ryan biarpun jauh.

"Hebat. Main bola pandai, belajar pun bijak, hafaz Al-Quran pula tu. Paling seronok apabila sokongan Rita terhadap anak-anak.

"Sabak Bernam ni jauh Kuala Lumpur tetapi Rita sanggup datang untuk beri sokongan kepada anak untuk bersaing di peringkat MSSD. Hebat ibu dan anak ini," kongsinya.

Sementara itu, influencer Siti Suryani Yaakop berkongsi sikap yang ditunjukkan Rita patut dicontohi ibu bapa lain.

"Saya pernah tengok Rita kongsi. Masa anak-anak dia kecil lagi dia duduk dengar anak mengaji. Apabila anak buat kerja rumah dia ada tunggu di sisi. Semasa anak sakit demam dialah yang jaga ke hulu ke hilir seorang diri. Bila anak masuk asrama dia juga yang hantar ambil ke sana ke mari.

"Ketika sukan ini pun ada orang berkongsi gambar Rita datang sekali. Walaupun si anak cuma ada ibu, dia tetap mendapat penjagaan sempurna," kongsi Siti Suryani.

Dalam pada itu, beliau memuji didikan yang diberikan aktres berusia 47 tahun itu kepada dua cahaya matanya biarpun bergelar ibu tunggal.

"Ramai juga anak ada kedua-dua ibu bapa tetapi bagaikan tidak punya sesiapa. Ramai juga membesar tanpa sokongan fizikal dan dukungan jiwa. Bukan sedikit anak zaman sekarang hilang pandunya.

"Berapa kali jatuh dan sedih pun bangunlah dan teruskan jalan," titipnya.

Ryan terdahulu mencatat keputusan cemerlang dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua dengan meraih keputusan dengan 13A dan pointer 3.99.

Selain itu, Ryan juga mewakili maktabnya dalam sukan bola sepak.

Sekadar info, selebriti berusia 48 tahun ini mempunyai seorang lagi orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna.

Kedua-dua mereka merupakan cahaya mata daripada perkahwinan Rita dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak pada 2008.

Namun, mereka sah bercerai talak satu pada tahun 2013.

Sumber: Facebook Abdul Mueiz, Siti Suryani Yaakop, Instagram Rita Rudaini