'Cantiknya, seiras bakal mak mentua.' Anak lelaki Azura Karim bertunang, bakal disatukan November ini

Iklan

TUMPANG gembira melihat kehidupan bekas personaliti televisyen ini.

Diam tak diam, bekas pembaca berita popular tahun 90-an, Azura Abdul Karim bakal menerima kehadiran seorang lagi menantu perempuan dalam keluarganya.

Iklan
Iklan

Sejak bersara daripada dunia penyiaran, Azura yang seangkatan dengan Zakiah Anas, Christine Ling dan Ezah Aziz Fawzy kini lebih menumpukan sepenuh perhatian terhadap suami dan anak-anak.

Iklan

Berkongsi di laman sosial Instagram, personaliti televisyen terkenal itu memuat naik foto majlis pertunangan anak lelaki sulungnya, Syadhamier yang berlangsung 4 Mei lalu.

"Anak lelaki sulung saya telah bertunang dengan @kamiliazlkli dan akan melangsungkan perkahwinan pada November ini.

Iklan

"Semoga ALLAH Azzawajalla permudahkan untuk kamu berdua Dhamier dan Mia.

"Tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan Mia secara rasmi dalam keluarga kecil kami," kongsi Azura.

Warga maya mengucapkan tahniah buat Azura dan keluarga serta mendoakan kebahagiaan bakal pengantin. Tidak kurang yang mengatakan bakal menantu seiras wajahnya.

"Alhamdulillah. Congratulations Syadhamier and fiance! Congratulations to you too. May Allah ease everything for all of you."

"Tahniah Zura.... nampak iras mummynya, jangan lupa jemput nanti."

"Cantiknya, ada iras bakal mak mertua."

"Ingatkan yang beautiful girl anak Azura. Rupa seiras bakal mother in-law."

Sedang meniti usia 50-an, Azura aktif mengusahakan bisnes miliknya iaitu Deco Patch by Azura Karim. Antara produk yang dihasilkan termasuklah beg, kole dan tiffin.

Meskipun tidak lagi bergelar pengacara dan penyampai berita, Azura tetap menjadi ikutan para peminat.

Sekadar makluman, bekas pengacara Majalah Tiga dan Wanita Hari Ini berkenaan pernah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran Malaysia apabila muncul sebagai penyampai berita pertama berhijab penuh di kaca televisyen.

Perkahwinan Azura dengan juruterbang dikurniakan lima orang cahaya mata dan masing-masing mempunyai kerjaya dan bakat tersendiri.

Tahniah daripada kami di SinarPlus!

Sumber: Instagram