Tengku Puteri Afzan sah isteri FD Idzham, selamat diijab kabul di Istana Abdulaziz

Iklan

ISTIADAT pernikahan puteri diraja Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat dilangsungkan.

Iklan
Iklan

Dalam istiadat di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Tengku Puteri Afzan sah menjadi isteri kepada FD Idzham FD Iskandar.



Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka kakanda dan adinda Tengku Puteri Afzan, kerabat diraja Pahang, selain dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang menjadi wakil rasmi baginda dengan dua kali lafaz.

Iklan



Sementara itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka-paduka anakanda memilih sepersalinan kuning diraja.

Iklan

Selesai akad nikah, FD Idzham diiringi untuk menunaikan solat sunat ke kamar khas dan kemudian disusuli dengan perarakan masuk Tengku Puteri Afzan ke pelamin.

Pengantin lelaki kemudiannya diarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan istiadat menyerahkan mas kahwin iaitu senaskah al-Quran dan menyarung cincin.

Istiadat kemudian diteruskan majlis merenjis yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disusuli Tengku Hassanal.

Kedua ibu bapa pengantin lelaki iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria turut merenjis pasangan mempelai.



Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya sebelum ini memaklumkan istiadat perkahwinan diraja Pahang akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah akan diikuti berinai pada Jumaat dan bersanding pada Ahad.