Romantis dan sweet! FD Idzham, Tengku Puteri Afzan tawan hati ramai pada istiadat berinai

Iklan

MEMPELAI diraja, puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terus menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Istiadat perkahwinan diraja Tengku Puteri Afzan dengan FD Idzham FD Iskandar berlangsung meriah. Semalam, kedua-duanya muncul dalam istiadat berinai yang dipancarkan secara langsung pada skrin layar gergasi di Tasek KotaSAS, Kuantan.

Iklan
Iklan

Istiadat berkenaan yang pada jam 8.30 malam itu dimulakan dengan keberangkatan pengantin diraja lelaki, FD Idzham FD Iskandar ke Balai Temenggong, Istana Abdulaziz, diikuti seterusnya pengantin diraja perempuan, Tengku Puteri Afzan.

Iklan

Berlangsung meriah, istiadat berkenaan mengembalikan dan mengekalkan perkahwinan diraja, selari dengan hasrat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan

Antaranya lilin dihidupkan oleh jejawat (petugas khas) sebaik sahaja Tengku Puteri Afzan berjalan masuk ke balai.

"Di kiri dan kanan Tengku Puteri, jejawat lilin yang mana mengikut titah penceritaan Tengku Ampuan Pahang yang dapat saya rangkup... lilin adalah sumber pencahayaan kerana tiada bekalan elektrik, maka simbolik lilin atau dian ketika itu.

"Maka dihidupkan kembali pada istiadat kali ini kerana seperti mana dimaklumkan, menjadi hasrat Tengku Ampuan Pahang untuk kembalikan dan mengekalkan perkahwinan diraja bagi meraikan perkahwinan puteri,” ujar pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjelaskan serba sedikit mengenai lilin tersebut.

Puteri bongsu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah itu berbusana rona biru muda, sedondon dengan seluruh ahli keluarga pengantin perempuan.

PENGANTIN DIRAJA MANIS & ROMANTIS

Pasangan pengantin diraja sentiasa menjadi tumpuan. Malah seri pengantin dan keserasian Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham yang terserlah menambat hati rakyat jelata.

Sebuah video klip memaparkan kedua-duanya sedang merakamkan foto dan meluangkan masa melayani tetamu.

Tengku Puteri Afzan dilihat memeluk FD Idzham jelas menunjukkan kasih dan manja kepada suami tercinta persis bonda kepada ayahanda baginda, Tunku Azizah dan Sultan Pahang.

Warganet mendoakan agar pasangan diraja ini berbahagia hingga ke jannah.

"Manja dan comelnya Tengku Puteri Afzan. Betul-betul macam bondanya, Tengku Ampuan Pahang yang manja dengan suami dan anak. Sweet couple ever."

"Cantik betul Tengku Puteri Afzan, naik seri pengantin. Semoga berbahagia."

"Tidak pernah lihat baginda semanis ini, senyum sentiasa dan manis berseri."

"Kemanjaan yang tidak dibuat-buat. Sweet sangat, moga pasangan mempelai diraja ini kekal hingga ke jannah."

"Saya tidak henti tersenyum tengok video ini. Semoga berbahagia selamanya."

Tidak kurang juga yang memuji penampilan Tengku Puteri Afzan yang memakai sepersalinan rona putih gading.

"Lawa berseri Tengku Puteri Afzan dengan hijab dan baju tang sangat cantik. Ringkas tetapi elegan."

"Sopan dan anggun Tengku Puteri. Solekan pun tidak terlalu tebal, cukup manis. Moga trend ini menjadi ikutan."

"Persalinan pengantin ringkas tetapi hiasan jemeki dan batu hiasan mencantikkan."

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya sebelum ini memaklumkan istiadat perkahwinan diraja Pahang akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos.

Persandingan diraja bakal diadakan pada Ahad.

Sumber: TikTok,House Of Pahang, Rozlan Nasir, Kesultanan Pahang