Hanya enam bulan dalam kandungan, anak Marissa Dania, Aslam meninggal dunia

Iklan

TAKZIAH diucapkan buat pempengaruh Marissa Dania yang atas pemergian bayi dalam kandungannya.

Marissa yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Iklan
Iklan

Menurut sumber portal berita tempatan, insiden berkenaan terjadi selepas Marissa dan suaminya Aslam menghadiri sebuah acara pelancaran produk

Menurut sumber lagi, bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

Iklan

"Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja," katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang.

Iklan

Menerusi hantaran sama, Marissa turut meletakkan gambar suaminya.

Terdahulu Marissa mengunci mulut mengenai spekulasi sedang hamil seperti yang tular di media sosial.

Marissa terdahulu meminta doa orang ramai agar segala dakwaan yang timbul dipermudahkan.

Terdahulu teka-teki kehamilan influencer berusia 20 tahun itu timbul selepas warga maya mendakwa ternampak 'baby bump' beliau ketika sambutan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.

Untuk rekod, anak kedua daripada tiga beradik itu didakwa bernikah di Thailand pada 27 Disember tahun lalu. Perkahwinan itu disahkan sendiri oleh Abby pada 16 Mac.

sumber: Harian Metro