Remy Ishak kini bergelar Datuk, jadi suntikan semangat. 'Tak pernah bermimpi, hadiah selepas 20 tahun'

Iklan
Kredit foto: Kosmo

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Remy Ishak baru sahaja menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 42, antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Iklan
Iklan

Pelakon Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan itu ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini.

Iklan

Gelaran yang diterima hari ini disifatkannya sangat bermakna sepanjang bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.

"Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)... mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.

Iklan

"Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.

Remy mula berkecimpung dalam bidang seni lakonan pada tahun 2006 dan meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009.

Anak kelahiran Durian Tunggal, Melaka itu pernah memenangi anugerah seperti Pelakon TV Lelaki Popular pada tahun 2010 dan 2011, Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Anugerah Skrin ke–15, Pelakon Lelaki Terbaik oleh Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31.

Remy membuktikan beliau pelakon berkaliber di peringkat antarabangsa apabila merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik daripada Asian Academy Creative Awards pada tahun 2018.

Tahniah Datuk Remy daripada SinarPlus!

Kredit foto: Kosmo, Instagram Remy Ishak