Tahniah! Ashraf Muslim dianugerah Bintang Khidmat Terpuji Yang Dipertua Negeri Melaka

Iklan

PELAKON yang juga Askar Wataniah berpangkat Leftenan, Ashraf Muslim menerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Ashraf, 43, berkata, pingat kebesaran itu merupakan ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

Iklan
Iklan

Ashraf ketika menerima pemakaian pangkat Leftenan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Mac lalu.

Terdahulu, bintang kelahiran Teluk Mas, Melaka itu aktif mengajak orang awam untuk sama-sama menyertai dunia ketenteraan dengan menjadi askar sukarela.

Iklan

Ashraf yang juga penerbit dan produser itu berkhidmat dalam Rejimen 515 Askar Wataniah. Beliau terdahulu muncul mewarnai industri hiburan pada tahun 2006.

Iklan

Beliau juga memiliki satu klinik pengamal perubatan tradisional, Pusat Perubatan Darussyifa’ di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor dan pengasas Maahad Tahfiz Al Hidayah.

Sumber: Bernama