Sarah Hildebrand berhijab terima pujian warganet. Foto cincin & jejaka Mat Saleh bayangan sudah berkahwin?

Iklan

BEKAS pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand terus menjadi perhatian biarpun sudah mengundurkan diri daripada industri seni hiburan tanah air.

Dalam perkembangan terbaharu, Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 34, memuat naik foto yang memaparkan beliau anggun berhijab dan memakai abaya berona maroon.

Iklan
Iklan

Hanya berkongsi emoji pada ruangan kapsyen, pelakon yang popular dengan watak Nadine dalam Pujaan Hati Kanda itu turut memuat naik foto cincin permata hitam pada jari manis dan jejaka Mat Saleh di sampingnya.

Iklan

Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah. Ujar mereka:

Iklan

"Lovely.. Congratulation."

"Alhamdulillah congrats dear sudah nikah. Moga berbahagia dan zuriat yang cute. Aaminn."

"Congrats Sarah."

"Alhamdulilah congratulation you're married."

Sarah terdahulu mengumumkan bersara pada April 2022 selepas sedekad berkecimpung dalam industri hiburan.

Selepas pengumuman itu, beliau nekad berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).

Sarah juga menganggotai Tentera Udara negara berkenaan selepas berjaya menamatkan sesi latihan di Pusat Latihan Tentera Udara AS yang terletak di Richmon, Indiana.

Untuk rekod, beliau pernah berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada tahun 2019.