Kreatif! Tiga pempengaruh media sosial tonjolkan bakat hasilkan kek bertemakan Kemerdekaan 1957

Iklan

BERBAKI kurang dari seminggu, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos depan.

Bagi menaikkan semangat Hari Kemerdekaan yang ke-67 itu, ramai yang mengambil peluang menzahirkan semangat patriotik melalui pelbagai inisiatif dengan bertemakan Malaysia Madani:Jiwa Merdeka.

Iklan
Iklan

Pasangan adik-beradik kembar dan pempengaruh masakan Che Sayang Kitchen antara yang tampil dengan idea kreatif dengan berkolaboratif dalam menterjemahkan jiwa patriotik mereka.

Usaha ketiga-tiga pempengaruh itu dalam menghasilkan sebiji kek bertemakan Hari Kemerdekaan mendapat lebih satu juta tontonan dan 200 ribu tanda suka.

Iklan

Bermula dengan pembuatan kek, Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid telah menggunakan kemahirannya dalam menyediakan kek mengikut warna-warna berasaskan Jalur Gemilang.

Iklan

Che Sayang yang juga pemenang ‘Creator of the Year’ TikTok Award Malaysia 2024 itu terkenal dengan kandungan masakannya yang berasaskan resipi mudah.

Lebih menarik lagi apabila pemilik tagline"jom cuba dua minit satu resipi bersama Che Sayang’ itu mencampurkan warna-warna yang terdapat di Jalur Gemlang bagi menghasilkan fondan seakan-akan pelangi.

Kemudian, pasangan kembar yang dikenali sebagai Muhammad Amin dan Muhammad Abid menggunakan ukiran seni tangan mereka bagi menambahkan unsur patriotik pada kek tersebut.

Apa sahaja yang disentuh oleh pasangan kembar itu sentiasa membuahkan hasil terutamanya dalam mengukir patung fondan sebagai gambaran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang sedang melaungkan perkataan ‘Merdeka’.

Ukiran seakan-akan Perdana Menteri pertama Malaysia itu kemudiannya diletakkan pada bahagian tengah atas kek bersama beberapa kuntum bunga kebangsaan iaitu bunga raya dan juga bendera Jalur Gemilang yang mengelilingi kek tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kek itu juga dilengkapi dengan beberapa foto sewaktu upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Dalam video berdurasi satu minit itu, kek yang sarat dengan semangat patriotik itu dipersembahkan dengan lebih mengagumkan apabila patung Bapa Kemerdekaan berkenaan berpusing 360 darjah.

Kreativiti yang ditonjolkan pemenang kategori ‘Education Creator Of The Year’ Tiktok Award 2024 itu mendapat pujian ramai apabila berjaya mengabungkan seni manisan dengan unsur kejuruteraan yang dipelajari mereka.