LULUH hati mendengar kisah bayi disimen dalam lantai parkir sebuah rumah sewa di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, Ipoh. Dalam mencari pelaku, penemuan terbaru polis mendedahkan ia mungkin mempunyai perkaitan dengan bekas penyewa kediaman berkenaan.
Berikut adalah keterangan daripada Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berdasarkan penerangan pemilik rumah berkenaan.
Katanya, rumah berkenaan terdahulu disewakan sejak tiga tahun lepas kepada seorang wanita warga Indonesia dengan bayaran RM400 sebulan.
Bagaimanapun, sebulan namun wanita tersebut didapati telah melarikan diri sejak sebulan lalu.
"Pemilik rumah tinggal selang sebuah rumah dari rumah sewanya dan nampak perempuan Indonesia itu mengandung dan akan mengutip sewa setiap bulan memandangkan penyewa membayar secara tunai,” katanya.
Berkenaan kronologi penemuan mayat berkenaan, Abang Zainal berkata, ia dijumpai penyewa baharu ketika mengorek simen ruang tempat letak kereta.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah Rabu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun membuat laporan terjumpa mayat bayi di bawah lantai simen ketika mahu mengubah suai rumah yang baru disewanya itu.
Lelaki itu terdahulu menjumpai cebisan kain sarung dan sebelum jasad kecil itu yang mungkin dibalut di dalam kain tersebut.
Berdasarkan keterangan pakar patologi Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, mayat bayi perempuan itu tidak mempunyai sebarang kecederaan.
Sumber: Bernama
"Bayi itu dipercayai berumur tujuh bulan ketika dilahirkan, manakala bedah siasat ke atas mayat akan dilakukan esok,” katanya.
Sumber: Bernama