LAMA mendiamkan diri, pelakon dan pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof kini kembali berkongsikan perkembangan terbaharunya di sosial media sehingga menarik perhatian ramai.
Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Syamsul dilihat kembali bekerja dengan wajah ceria dan tenang sambil dikelilingi beberapa individu lain.
Merujuk pada ruangan komen, rata-rata rakan artis meluahkan rasa gembira melihat pengarah filem Munafik itu kembali aktif walaupun masih berdepan kemelut rumah tangga.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof kini berdepan konflik rumah tangga dengan isterinya, Ira Kazar.
Bapa kepada sepasang cahaya mata itu menfailkan perceraian terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin atas alasan tiada lagi persefahaman.
Beliau bersedia untuk melafazkan cerai terhadapnya isterinya pada 27 Ogos lalu, namun perkara itu tertangguh selepas Ira melantik peguam bagi urusan penceraian berkenaan.
Kes penceraian mereka kini ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 September di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.
Dalam pada itu, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak kembali bersama bekas suaminya.
Malah, sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, tidak mahu dirinya dikaitkan lagi dengan pengarah sensasi itu.